Robert (lapan dari kanan)menerima cenderakenangan daripada Herry.
KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti ( PPDK ) Daerah Keningau yang diketuai oleh Pemangku Pengerusi PPDK Keningau Herry Gitik.
Menurut Herry, kunjungan hormat ini bertujuan untuk berama mesra dan menjalinkan hubungan yang erat antara Datuk Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya dan Ahli Jawatankuasa PPDK.
Herry berterima kasih kepada Robert atas sambutan dan kata-kata inspirasi dan sokongan keatas Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Daerah Keningau.

Robert (kiri )semasa menerima kunjungan Persatuan Muaythai dan Persatuan Tinju Daerah Keningau.
Terdahulu, Robert menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Muaythai dan Persatuan Tinju Daerah Keningau di Pejabat UPPM N.40 Bingkor.
Kunjungan Hormat tersebut diketuai oleh Presiden Persatuan Muaythai Daerah Keningau Mohammad Hasbullah Sanmin.
Robert mengucapkan terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap agar satu hari nanti bidang sukan ini akan terus meningkat dan melahirkan penggiat sukan Muaythai dan Tinju di daerah ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



