MELAPAH…. Bashir (tengah) melapah daging korban sambil diperhatikan oleh Sahari sempena Program Ibadah Korban Perdana anjuran UMNO Bahagian Labuan.
LABUAN: UMNO Bahagian Labuan hari ini melaksanakan Ibadah Korban Perdana membabitkan penyembelihan empat ekor lembu sempena Sambutan Hari Raya Korban 2022.
Empat ekor lembu yang disembelih adalah sumbangan bersama daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan UMNO empat peringkat, melibatkan Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri.
Majlis penyembelihan yang bermula jam 8 pagi di perkarangan Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun itu diketuai oleh Ustaz Minggu Matnoh.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Bashir Alias, Ketua Wanita Bahagian, Niswati Tarji, Ketua Pemuda Bahagian, Musa Basman dan Ketua Puteri, Jura’adhiyah Drs. Harun.

POTONG… Sebahagian daripada Wanita UMNO bergotong royong memotong daging korban sempena Program Ibadah Korban Perdana UMNO Bahagian Labuan.
Turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Sahari Amdan dan Ketua Kampung Sungai Bedaun, Rosmani Puteh.
Bashir ketika ditemui media menzahir rasa syukur kerana pada tahun ini UMNO Labuan telah dapat melaksanakan ibadah korban yang diadakan secara terbuka selepas dua tahun tidak dapat melaksanakan sepenuhnya akibat pendamik COVID 19.
“ Alhamdulilah pagi ini ahli-ahli UMNO empat peringkat bersama penduduk kampung Sungai Bedaun dapat bersama sama bergotong royong menjayakan ibadah Korban Perdana.
“Disamping melaksanakan ibadah kornban, aktiviti ini boleh memupuk semangat kerjasama antara ahli-ahli UMNO dan penduduk setempat” katanya.
Sementara itu katanya, daging korban tersebut akan diserahkan masing-masing kepada UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri untuk mereka agihkan semula kepada yang layak menerima.



