ADVERTISEMENTspot_img

LEE NYAP GROUP SDN.BHD BUKA CAWANGAN KEDAI KE-4

RASMI…Datuk Masidi (tengah) memotong reben perasmian Lee Nyap Auto Parts Kiaburi Plaza diperhatikan Datuk Jonathan (empat kanan) dan Datuk Jimmy (empat kiri) bersama yang lain.

RANAU: Syarikat Lee Nyap Group yang kini dikenali sebagai Syarikat Lee Nyap Group Sdn.Bhd telah membuka satu lagi kedainya yang ke-4  terletak di Kiaburi Plaza selain sedia ada di pekan Ranau, pekan  Kundasang dan di bangunan pekan baru pekan Ranau.

Ketua Pengarah LN Group Sdn Bhd, Kapitan Datuk Jimmy Tham Nyuk Leong berkata, matlamat pewujudanĀ Ā  kedai ke-4 itu adalah selaras denganĀ  matlamat mewujudkan situasi menang-menang ( (win-win situation) untuk mencapai kemajuan dan meningkatkan kepontensi melalui syarikat dan dalam masa yang sama memberi kemudahan kepada pelanggan untukĀ  membuat pilihan dan perbandinganĀ  dari segi kos, masa, harga yang lebihĀ  kompetitif dan perkhidmatan masyarakat khususnya para pelanggan.

TANDATANGAN….Masidi menandatangan pluk perasmian disaksikan yang lain.

“Ia jugaĀ  merupakan salah satu matlamat syarikat untuk sentiasa membantu kerajaan memberi batuan kepada golongan memerlukan.

“Syarikat juga sekaligus memberi peluang pekerjaan  kepada penduduk setempat  menyediakan latihan serta tunjuk ajar kepada mereka dalam bidang kemahiran alat ganti automatif”, jelas Datuk Jimmy yang juga Pengerusi Persatuan Hakka Ranau dan Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Ranau.

Beliau berkata, menerusinya juga, keluarga anak-anak muda mampu menjana pendapatan untuk  meningkatkan  taraf hidup keluarga dan menjamin kehidupan masyarakat yang lebih berkualiti serta aman makmur.

“Perubahan nama Syarikat kepada ‘Lee Nyap Group Sdn. Bhd., suatu era baru bagi kumpulan ini,Ā  ke arah mencapaiĀ  visi dan matlamat syarikatĀ  untuk terus berkembang maju ke hadapan”, tambahnya sambil merakam ucapan terima kasih atas kehadiran para jemputan khususnya, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun kerana hadir merasmikan majlis tersebut dan juga kehadiran Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin.

Datuk Masidi dalam ucapan perasmiannya, memuji Syarikat Lee Nyap kerana berjaya membuka satu lagi cawangan di Kiaburi Plaza, membuktikan suatu perkembangan kemajuan yang positif selain tiga kedai sedia ada.

Datuk Jimmy memegang banner perasmian Lee Nyap Auto Parts yang baru.

“Tahniah atas kejayaan mewujudkan kedai baru memberi peluang kepada pelanggan membuat pilihan terbaik”, jelas Masidi sambil memuji juga atas inisiatip pihak syarikat Lee Nyap menghulurkan sumbangan kepada 8 buah sekolah rendah  (10 orang sebuah sekolah) yang berdaftar dengan E-Kasih menerima RM300 (tiga ratus) seorang murid.

Masidi mengharapkan kepada  syarikat-syarikat yang sudah maju agar mencontohi inisiatiaf Syarikat Lee Nyap untuk menghulurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Antara ratusan yang hadir pada majlis yang serentak dengan sambutan Ulangtahun kali ke-35  Lee Nyap itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (dilantik), Datuk Amisah Yassin,
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Mohd.Hisyamuddin Harun, para pegawai kerajaan negeri dan persekutuan serta para ahli perniagaan.

Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā Ā 

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN