Kanak-kanak Tadika yang menerima sumbangan merakam gmbar bersama Jonathan (berdiri empat kanan) dan Wan Saiful (lima kanan) dan tetamu yang lain.
RANAU: Usaha Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mentranformasikan minda diawal usia muda kanak-kanak masyarakat Malaysia agar membuat penabungan demi masa depan merupakan suatu yang amat murni.
Timbalan Menteri II, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata, sebagai tabung pendidikan utama negara PTPTN telah berdiri megah sebagai ‘Super Hero’ berperanan untuk menyemai amalan penabungan kepada ibu bapa di negara ini.
Datuk Jonathan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Didik Simpan ‘Skim Simpanan Pendidikan Nasional’ (SSPN) 2022 Peringkat Parlimen Negeri Sabah di Dewan Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Ranau pada Sabtu.
Menurut Datuk Jonathan, kerajaan Negeri Sabah sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat menaik taraf hidup serta memikirkan bahawa peranan ibu bapa sangat penting memastikan pada masa akan datang anak-anak dapat mengubah kehidupan keluarga menerusi perancangan kewangan dan pendidikan yang komprehensif.
Beliau menjelaskan, program Didik Simpan SSPN, melibatkan sumbangan Zakat kepada 6,400 orang pelajar asnaf di 128 kawasan terpilih di beberapa buah negeri dengan sumbangan dalam bentuk Akaun Simpan SSPN Prime melibatlan peruntukan keseluruhan berjumlah RM640,000.

“Bagi negeri Sabah, Program Didik Simpan SSPN melibatkan 25 kawasan dengan jumlah sumbangan sebanyak RM125 ribu dengan 50 orang pelajar asnaf di setiap kawasan yang bakal menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime bernilai RM100 seorang melibatkan peruntukan berumlah RM5 ribu bagi setiap kawasan.
“Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sabah dimana pagi ini berjumlah RM45 ribu akan disampaikan bagi kawasan Kota Kinabalu, Penempang, Putatan, Tuaran, Sepanggar, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud dan Ranau”, jelas Datuk Jonathan.
Datuk Jonathan yang juga Ahli Parlimem Ranau menegaskan, kerjasama kerajaan Negeri dengan PTPTN telah terjalin erat sebelum ini di mana Pelancaran Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) telah pun terlaksana.
“Pelancarannya itu satu inisiatif murni Kerajaan Negeri Sabah dalam memupuk budaya menabung seawal usia melibatkan RM5 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri Sabah sejak 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022 dan sumbangan diberikan dalam bentuk tabungan Simpan SSPN Prime dengan jumlah RM100 setiap orang”, tambah Datuk Jonathan.
Turut berucap ialah, Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan, dihadiri para jemputan dan para ibu bapa bersama 30 orang kanak-kanak penerima Akaun Simpan SSPN Prime 2022
Hadir sama ialah, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Ranau, Rosnati Binti Abd.Rahim.



