DUIT RAYA… Isnin menyampaikan duit raya kepada salah seorang anak komuniti Bisaya pada majlis itu.
LABUAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N32 Klias Beaufort, Datuk Isnin Haji Aliasnih menyantuni warga Komuniti Bisaya di Labuan sempena Sambutan Raya Tokou Warga Komuniti Bisaya anjuran Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Bandar Labuan yang diadakan di Balai Raya Kilan, baru baru ini.
Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah disambut oleh Presiden PBBS Bandar Labuan, Asnoin Chaiplin beLo
rsama kira-kira 300 ahli keluarga komuniti Bisaya yang bermastautin di Labuan. Mereka sebahagian besarnya adalah pengundi N32 Klias dan Parlimen Beaufort.
Turut bersama dalam rombongan itu ialah, Naib Presiden PBBS, Datuk Hajah Siti Aminah Aching, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBBS Datuk Hajah Johair Matlani.
Pada majlis itu, Isnin tidak lupa untuk menyampaikan duit raya kepada anak-anak Komuniti Bisaya yang hadir pada malam tersebut.
Selain itu, PBBS Bandar Labuan turut menerima sumbangan daripada PBBS pusat yang disampaikan oleh Hajjah Siti Aminah Aching.
Terdahulu, Isnin ketika berucap pada majlis itu mengingatkan warga komuniti Bisaya yang bermastautin di Labuan supaya sentiasa menjaga nama baik persatuan (PBBS) dan juga kaum Bisaya itu sendiri agar terus dihormati dan disegani oleh rakyat Malaysia khususnya warga Labuan.
“Saya yakin PBBS Bandar Labuan mempunyai ramai ahli yang bekerja dan bermastautin di Labuan dapat hidup dan bermasyarakat yang saling bekerjasama dan hormat menghormati antara satu sama lain.” katanya.
Beliau juga menzahirkan rasa syukur kerana dapat menyantuni dan beramah mesra dengan ahli-ahli PBBS Labuan selepas dua tahun tidak dapat berkunjung ke Labuan akibat pendemik COVID 19.
“Kunjungan hari ini secara tidak langsung bukan sahaja setakat beramah mesra dan bertanya khabar tetapi juga mengeratkan lagi hubungan silaturhaim.. jadi Alhamdulilah dengan adanya program pada malam ini keakraban kekeluargaan itu dapat dijalin semula” katanya.



