ADVERTISEMENTspot_img

ESTHER JOHAN SUGANDOI PERINGKAT MUKIM PAUS-PAGINATAN

Dari Kiri…..Esther (Johan), Christoper Naib Johan), Rajianah (Ketiga)

RANAU: Esther Ambros, peserta sugandoi dari Kampung Tompios dinobatkan sebagai pemenang Johan Pertandingan Sugandoi Peringkat Mukim Paus-Paginatan. Beliau menewaskan sepuluh peserta lain dengan markah terkumpul 94%.

Naib Johan dimenangi oleh Christoper Simis, peserta dari Kampung Paus dengan markah 90.6%. Manakala tempat ketiga disandang oleh Rajianah Micheal juga peserta dari Kampung Paus dengan markah 90.5%

Esther Ambros (Johan Sugandoi) menerima piala dan wang tunai daripada Petrus

Ketiga-tiga pemenang menerima sebuah piala berserta wang yang disampaikan oleh Ketua Kampung Paus, Petrus@ Razali Ausal.

Menurut Penyelaras Pertandingan, Sainin Hamid @ Onit, pertandingan sugandoi tersebut merupakan antara acara awal yang telah diadakan sebagai pengisian program sempena sambutan Majlis Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Paus/Paginatan. Ketiga-tiga pemenang ini akan membuat persembahan pada majlis itu nanti.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN