JOHAN…..Haryadi menyampaikan hadiah kepada Gani yang menjadi johan pertandingan bercucul sempena Hari Raya Kampung Pohon Batu.
LABUAN: Persatuan Belia dan Beliawanis Kg. Pohon Batu (GABPOBA) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan (JPKK) Pohon Batu dan Rukun Tetangga (RT) Pohon Batu menganjurkan Pertandingan Bercucul Tertutup sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022
Pengerusi Penganjur, Nizam Kasmat berkata, penganjuran itu juga turut mwendapat kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Labuan, Majlis Belia Labuan (MBL), Labuan Shipyard & Engineering (LSE) dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labuan.
“Pertandingan yang disertai 12 peserta itu bertujuan untuk memeriahkan suasana sambutan raya serta menceriakan suasana kampung dengan sinaran cahaya cucul” katanya.
Sementara itu, Gani Bujang muncul johan dalam pertandingan tersebut untuk menerima hadiah wang tunai RM400 beserta hamper.
Naib johan dimenangi oleh Jaludin Salam membawa pulang wang tunai RM300 dan hamper, tempat ketiga dimenangi oleh Damit Buyong menerima hadiah wang tunai RM200 dan hamper.
Manakala hadiah tempat keempat dan kelima masing masing dimenangi oleh Zulhilmi Ahmad dan Ishamrie Kasmat masing masing menerima hadiah wang tunai RM100 dan hamper.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Kampung Pohon Batu, Haryadi Omar.
Hadir sama, Pengerusi Rukun Tetangga Kg. Pohon Batu, Dassuki Hj Zainal.



