ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor hadir Rumah Terbuka Ketua Pemuda UMNO Keningau

Robert (dua dari kanan)bersama Hadjin (kanan)dan Nik Nazri (kiri).

KENINGAU:Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) N.40 Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin  menghadiri Rumah Terbuka Ketua Pemuda UMNO P.180 Keningau Hadjin Sujaree di kediamannya di Kampung Kota Ayangan Bingkor.

Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat dinanti-nanti kan oleh lapisan masyarakat khususnya masyarakat Islam.

Ini katanya, kerana  dua tahun lalu umat Islam tidak  dapat merayakannya disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut Robert, sepanjang beliau menghadiri rumah terbuka di sekitar Keningau, beliau melihat para pengunjung mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walau bagaimanapun beliau berharap masyarakat terus mengamalkan pemakaian pelitup muka bila berada luar dan di tempat sesak serta mengekalkan penjarakan fizikal.

Turut hadir Mantan Ketua Pemuda UMNO P.180 Keningau  Nik Nazri Nik Zawawi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN