Antara umat Islam yang menghadiri Solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Masjid sementara pekan Ranau.
RANAU: Lebih seribu umat Islam sekitar pekan di sini, menghadiri solat sunat Hari Raya Aidilfitri di bangunan sementara berhampiran masjid Ar-Rahman pekan Ranau pagi tadi.
Bangunan sementara itu merupakan alternatif sebagai lokasi untuk solat sunat Hari Raya Aidilfitri tahun ini memandangkan bagunan masjid Ar-Rahman yang baru masih dalam proses pembinaan menggantikan bangunan lama yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku tahun 2015.
Khutbah Hari Raya Aidilfitri telah disampaikan Guru Tahfiz yang juga Imam masjid Ar-Rahman pekan Ranau, Ustaz Mohd. Nazrul Bin Jaidin.
Dalam khutbah tersebut antaralain, menyeru umat Islam agar terus meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dan menjadikan pandemik Covid-19 sebagai satu cabaran untuk merapatkan perpaduan dan ketaatan kepada Allah.
Dengan cabaran Covid-19 itu umat Islam diajak agar mentingkan keimanan, ketaatan dan peraduan dikalangan mereka disamping mengamalkan gaya hidup sihat serta kebersihan diri sendiri, anggota kelurga serta komuniti bagi mengelakkan jangkitan bukan sahaja Covid-19 tetapi sebarang penyakit berjangkit.
Antara kenamaan yang hadir menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri itu ialah, mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah juga mantan Pegawai Daerah Ranau yang kini Pengerusi Masjid Ar-Rahma pekan Ranau, Datuk Haji Amri Bin Haji Suratman.
            Â



