SIMBOLIK….Jessica menyerahkan bakul makanan kepada Rithuan sambil disaksikan oleh Mary Lim (kanan sekali) dan Chua Pui Shien (kiri sekali).
LABUAN: Lion Club Of Mandarin Labuan menghulurkan sumbangan 122 bakul makanan untuk diagihkan khusus kepada kakitangan B40 Perbadanan Labuan.
Majlis penyerahan barangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Zon 12 Daerah 308-A2 yang juga Setiausaha Lion Club of Mandarin Labuan, Jassica Lee kepada Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail di Bangunan Wisma Perbadanan Labuan, pada Rabu.

2.SERAH….. Rithuan mengagihkan bakul makanan kepada kakitangan golongan B40 Perbadanan Labuan sambil diperhatikan Jessica (dua dari kiri)
Hadir sama dua ahli Lion Club of Mandarin Labuan, Marry Lim dan Chua Pui Shien.
Seterusnya pada majlis yang sama, Rithuan mengagihkan semula bakul makanan yang mengandungi beras, minyak masak, tepung dan keperluan harian lain kepada 122 penerima golongan B40 Perbadanan Labuan.
Haji Rithuan menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada Lion Club of Mandrin Labuan kerana sentiasa memberikan sokongan dan menghulurkan bantuan bukan sahaja kepada Perbadanan Labuan tetapi juga kepada masyarakat Labuan yang ditimpa bencana seperti kebakaran rumah, banjir dan golongan yang terkesan akibat pendamik COVID 19 sepanjang dua tahun lalu.



