ADVERTISEMENTspot_img

KELAB BELIA TEGUH GESA BELIA SERTAI KEMPEN ‘JOM SIHAT’ 12 MAC

Gambar : Jonelson (berdiri 3 dari kiri) bersama ahli kelab

RANAU : Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Teguh, Kampung Kebuh Baru menggesa penduduk kampung khususnya para belia yang lulus saringan kesihatan awal atau Pre event test agar menyertai Kempen ‘Jom Sihat’ yang akan dianjurkan oleh kelab itu pada 12 Mac ini bertempat di padang kampung berkenaan.

Pengerusi Kelab Belia Teguh, Jonelson Jol berkata, antara aktiviti yang bakal dianjurkan ialah Senam Robik Perdana (terbuka kepada semua penduduk Kampung Kebuh Baru), Perlawanan Futsal 5 Sebelah (lelaki sahaja berumur 12 tahun dan ke atas) dan pertandingan badminton beregu wanita (berumur 12 tahun dan ke atas).

“Dengan segala sukacitanya Kelab Belia Teguh Kampung Kebuh Baru ingin menjemput semua penduduk Kampung Kebuh Baru untuk menyertai kempen ‘Jom Sihat’ yang akan dijalankan pada 12/3/2022 tanpa sebarang yuran penyertaan tetapi menyediakan hadiah-hadiah yang menarik kepada semua pemenang” katanya.

“Para penduduk kampung yang ingin membuka gerai jualan makanan dan minuman atau pun buah-buahan dan sayur-sayuran juga adalah dialu-alukan” katanya lagi.

Jonelson 26 tahun, (lepasan Degree Tourism Management) berkata sebelum program bermula, semua peserta yang mengambil bahagian termasuk para penjual dikehendaki membuat saringan kesihatan awal atau Pre event test dua jam sebelum masuk ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Kita utamakan pematuhan SOP terlebih dahulu bagi mengekang penularan Covid-19 dengan mewajibkan ujian saringan kesihatan awal. Ini adalah syarat utama penganjur untuk semua yang ingin bersama dalam program ini,” katanya lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN