ADVERTISEMENTspot_img

BAS EXPRESS HILANG KAWALAN REMPUH TIANG ELEKTRIK

Gambar atas: Gagal memotong kenderaan lain, bas rempuh tiang

RANAU : Sebuah bas Express merempuh tiang elektrik di kilometer 19, Jalan Ranau-Sandakan dekat Sekolah Kebangsaan Nalapak, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kra 12.10 tengah hari itu, bas Sida Express yang dalam perjalanan dari arah Sandakan ke Kota Kinabalu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik di tepi jalan raya.

Menurut penumpang bas berkenaan yang sempat ditemui berkata, bas tersebut dipandu agak laju dan beberapa kali memotong kenderaan-kenderaan lain di sepanjang perjalanan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu bas yang kami naiki cuba memotong sebuah lori yang berada di depan tetapi gagal sebelum merempuh tiang elektrik.

“Akibat rempuhan itu, tiang elektrik hampir patah sementara kabel utama yang menghala ke bangunan Pra Sekolah sekolah berkenaan kendur dan turut menghalang kenderaan lain, kata salah seorang penumpang bas.

Sementara itu, menurut salah seorang kakitangan pra, Rubitah Ginsos, ketika kejadian beliau berada di dalam bangunan pra untuk melakukan kerja-kerja mengemas dan pembersihan.

Kabel utama elaktrik ke pra sekolah tertanggal akibat rempuhan tiang di jalanraya

Beliau tiba-tiba dikejutkan oleh bunyi yang kuat dari arah luar dan dengan serta-merta juga kabel utama elektrik di bangunan pra sekolah tertanggal.

“Lampu kalimantang dan pendawaian di luar beranda turut tertanggal, jatuh dan pecah.

“Syukur kerana pada masa kejadian  semua murid pra sekolah telah pun balik ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi wakil Boreno Daily Bulletin kemarin.

Sehubungan dengan itu, Pengurus Sekolah berkenaan, Alexius Majinggol yang turut bergegas ke tempat kejadian akan membuat pelaporan kemalangan tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau.

Katanya, ketika kejadian kemalangan tersebut berlaku mereka sedang bermesyuarat di bilik gerakan.

“Laporan kerosakan kabel dan pendawaian elektrik di pra sekolah akan buat untuk dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Ranau.

“Buat semantara waktu, kabel tersebut terpaksa ditongkatkan menggunakan batang bambu oleh pekerja pengawal keselamatan sekolah untuk memudahkan laluan kenderaan-kenderaan besar,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Alexius menasihati dan meminta kepada semua pemandu kenderaan terutama sekali bas-bas besar agar tidak memandu laju dan memotong kenderaan lain terutama sekali di garisan putih berkembar apabila melalui kawasan-kawasan sekolah demi keselamatan anak-anak sekolah, orang awam dan kenderaan lain.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN