ADVERTISEMENTspot_img

PESERTA SIFATKAN KURSUS HASILKAN BAJA CECAIR SANGAT BERMANFAAT

Gambar atas: Langkah 1, peserta memsukkan daun ke dalam bekas botol sambil diperhati oleh Razipin  (bertopi)

RANAU : Para peserta menyifatkan kursus menghasilkan baja cecair melalui kaedah yang paling mudah pada kali ini sangat memberikan manfaat yang berguna untuk diaplikasi.

Salah seorang peserta luar daerah, Yitro Jimmy yang berasal dari Telupid menyatakan dia kini boleh membuat baja cecair sendiri menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari di rumah seperti air beras, air kelapa, daun-daun hijau dan gula merah.

Langkah 2, Francis menuang cecair gula merah dan air beras sambil diperhati oleh Yitro

Yitro yang pada masa ini juga memiliki dan menjual baja kompos buatan sendiri berasaskan cacing Afrika akan menggunakan baja cecair yang dihasilkannya nanti untuk memproses bahan-bahan kompos. Penggunaan baja cecair atau dengan panggilan lain EM (Effective Microorganisms) akan mempercepatkan lagi tindakbalas dalam proses penguraian bahan kompos katanya.

Seorang lagi peserta, Sulina Angkatak berkata, beliau berpuas hati kerana pembelajaran secara teori mengenai pengenalan dan pembuatan baja cecair telah dapat diaplikasi dengan baik semasa praktikal. Bimbingan dan soal jawab berterusan semasa menyedia dan memproses bahan telah mendapat layanan yang baik oleh fasilitator. Beliau juga berterimakasih kerana pihak penganjur membenarkan mereka membawa pulang bahan larutan cecair yang telah mereka hasilkan sendiri itu.

Sulina (gambar) memastikan sistem pengudaraan yang betul

Sementara itu menurut Aslinah Sahalin (penyelaras), slot kursus pada kali ini telah dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah pengenalan tentang baja cecair atau Larutan Pengurai Organik (LPO), bahan-bahan yang digunakan dan cara-cara penggunaan. Keduanya ialah pembelajaran melalui praktikal tentang cara-cara menghasilkan bahan.

Menurut Aslinah, sebahagian daripada mereka merupakan peserta kursus Siri 2 yang telah diadakan sebelum ini iaitu berkaitan cara-cara pembuatan baja kompos berasaskan bahan-bahan buangan seperti sayuran dan buah-buahan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN