James bergambar kenangan bersama para pemimpin-pemimpin gereja pelbagai dominasi disekitar kawasan Paitan, Sugut.
PAITAN: Pemimpin gereja perlu memainkan peranan penting dalam mempastikan golongan belia terhindar dari aktiviti penyalahgunaan najis dadah.
Menekankan perkara itu, Datuk James Ratib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut berkata, golongan belia merupakan aset penting kepada negara kerana mereka bakal menjadi pemimpin pelapis untuk memajukan kawasan dan rakyat.
“Peranan para pemimpin gereja amat penting bukan sahaja untuk pembangunan sahsiah umat gereja, malah mempastikan golongan belia tidak terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah yang boleh menghancurkan kehidupan seseorang”. Tegasnya

James menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang hadirin
Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Krismas anjuran Majlis Gereja-Gereja Paitan Sugut di Dewan Mononood dekat sini pada Jumaat. Majlis tersebut dihadiri pemimpin dan umat gereja setempat daripada pelbagai dominasi seperti Katolik, Sidang Injil Borneo (SIB), Basel, Seven Day Adventist (SDA) dan Yesus Benar.
Selain itu, James turut menekankan tentang memelihara keharmonian dikalangan masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang perlu dipertahankan.
Jelasnya, masej keharmonian perlu diserlahkan menerusi sambutan perayaan satu-satu kepercayaan dan bangsa dimana negeri Sabah dan Sarawak merupakan contoh terbaik memiliki sifat toleransi yang kukuh.
“Keharmonian perlu dipertahankan lebih-lebih lagi kita memiliki ahli keluarga yang berbilang bangsa dan kepercayaan. Jika kita harmoni, maka kehidupan juga akan bahagia dan sentiasa berasa aman damai”. Katanya.
James yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri Sabah berkata, sebagai pemimpin dikawasan itu, beliau akan mempastikan kebajikan rumah-rumah ibadat khasnya pembangunan struktur bangunan serta keperluan asas gereja terus diberi perhatian sewajarnya..



