ADVERTISEMENTspot_img

ADUN Bingkor merayu kepada PM untuk lihat kembali peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak dalam Bajet 2022

Robert……rayu Perdana Menteri lihat balik peruntukan Sabah dan Sarawak dalam bajet 2022.

KENINGAU:Timbalan Presiden STARSABAH Datuk Robert Tawik @ Nordin merayu kepada Perdana Menteri  Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob supaya dapat melihat kembali peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet Tahun 2022.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Bingkor berkata, Perdana Menteri sebagai Ketua Keluarga Malaysia memang begitu prihatin terhadap keperluan kehidupan rakyat yang selesa.

“Saya menyokong ucapan Ahli Parlimen P.180 Keningau yang juga Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan yang meminta Perdana Menteri mengkaji kembali bajet yang diberikan kepada Sabah berjumlah RM5.2 billion dan Sarawak sebanyak RM4.6 billion.

Pembantu Menteri Kerja Raya itu berkata, peruntukan yang diberikan itu, sememangnya  tidak dapat menampung keperluan Pembangunan  keseluruhan untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya, Sabah sendiri  masih ketinggalan jauh dari segi Pembangunan Infrastruktur seperti jalan jalan Raya, bekalan air terawat dan sebagainya.

“Jalan-jalan  Raya di Sabah  masih banyak jalan jalan tanah merah, jalan yang hanya dibubuh batu  dan ada   yang telah uzur. Jalan-jalan ini sangat diperlukan oleh rakyat dalam mengeluarkan hasil Pertanian mereka, maka itu ia  perlu dibaiki Dan dinaik taraf” jelasnya.

Tambahan lagi katanya, sekarang ini banyak jalan raya yang rosak dan runtuh akibat hujan yang berterusan di Sabah ini.

“Malahan ada jalan yang terputus dan tidak boleh dilalui yang menjejaskan  penduduk untuk menjalankan kerja harian mereka. Ini juga perlu diperbaiki  segara dan sudah pasti memerlukan peruntukan” katanya.

Sehubungan dengan ini Robert berharap agar Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri, yang mempunyai pengalaman luas  lebih-lebih lagi Perdana Menteri pernah menjadi Menteri Kemajuan luar Bandar dan Wilayah suatu ketika dulu yang sudah tentu tahu apa masalah rakyat di luar Bandar khususnya di Negeri Sabah.

“Kita juga sedia maklum, bahawa Negeri Sabah telah tersenarai negeri yang termiskin di negara ini, maka Negeri Sabah memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk meningkatkan taraf Infrastruktur dan Sara hidup rakyat.

Kerajaan Sabah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah nenetapkan hala tuju Negeri sabah melalui  misi dan visi Sabah Maju Jaya” jelasnya lagi.

Robert berkata, Program SABAH MAJU JAYA memerlukan suntikan dana dan peruntukan  untuk melaksanakan pelbagai program yang telah ditetapkan dan antaranya adalah membasmi kemiskinan rakyat dan menaikkan taraf Infrastruktur di Negeri ini.

Beliau amat mengharap Perdana Menteri sudi   melihat kembali bajet tersebut Dan dapat menambah bajet Tahun 2022 untuk Sabah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN