PENGUSAHA produk makanan tradisional dari Kampung Patau-Patau bersama Azmi (berdiri belakang lima dari kanan) dan staf MoTAC dalam program FB Live MoTAC di Pusat Aktiviti Homestay Kampung Patau-Patau Dua baru baru ini.
LABUAN: Sejajar dengan pengumuman kerajaan yang membenarkan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal khususnya di kawasan PPN fasa 4, Pejabat Pelancongan Seni Budaya (MoTAC) Labuan telah mengambil inisiatif meninjau beberapa lokasi produk pelancongan sebagai usaha menghidupkan semula semangat pengusaha produk produk pelancongan selepas terbantut akibat pandemik Covid 19 yang melanda Negara sejak tahun 2020.
Sehubungan dengan itu, Penolong Pengarah MoTAC Labuan, Azmi Ahmad Ross telah menganjurkan program Demo Penyediaan dan Pembuatan Makanan Tradisional Masyarakat Labuan yang melibatkan beberapa pengusaha homestay dan pengusaha produk makanan tradisional secara langsung melalaui FB Live Tour MoTAC Labuan di Pusat Aktiviti Homestay Kampung Patau-Patau, baru baru ini.

KUIH TRADISIONAL….. pengusaha bersama staf MoTAC menunjukkan pelbagai kuih tradional masyarakat tempatan.
Azmi berkata, program berkenaan bertujuan untuk memberi semangat kepada pengusaha produk pelancongan di pulau ini supaya kembali aktif untuk memasarkan produk mereka kepada pengunjung yang akan melancong ke Labuan.
“Dengan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal ini, adalah menjadi harapan kepada pengusaha produk pelancongan tempatan dapat bergerak aktif semula setelah sekian lama mengalami kemurungan sejak Mac 2020 yang lalu” katanya ketika dittemui pada majlis itu.
Selain itu katanya ia juga bertujuan untuk mempromosikan semula produk-produk pelancongan yang terdapat di pulau ini.
Pada program tersebut beberapa pengusaha peroduk Makanan Tradisional dan pengusaha homestay menyertai program tersebut dengan mempamerkan dan memperkenalkan semula kepelbagaian makanan tradisonal masyarakat tempatan termasuk demontrasi membuat ambuyat.
Turut diadakan ialah demontrasi menangkap ikan mengunakan sangkar bubu oleh salah seorang pengusaha homestay kampung Patau-Patau Dua.



