ADVERTISEMENTspot_img

SEBUAH RUMAH HANGUS DALAM KEBAKARAN DI KG.TIBABAR

API MARAK… keadaan rumah ketika api sedang marak- gambar Bomba

RANAU: Sebuah rumah hangus selepas terlibat dalam kebakaran di Kampung Tibabar, di sini pagi ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam melalui panggilan MERS 999 pada jam 8.15 pagi berhubung kejadian tersebut.

Sejurus menerima panggilan, seramai lapan orang anggota bersama sebuah  jentera FRT dan FRV dari Balai Bomba Ranau yang diketuai oleh PPgB Ridwan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 45 Kilometer daripada pekan Ranau.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dengan keluasan 30 x 25 kaki yang dihuni seramai sembilan ahli keluarga telah terbakar 85 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 100 kaki dengan satu pancutan sumber air dari jentera bomba bagi memadamkan bara-bara api.

“Anggota bomba berjaya mengawal api pada jam 9.46 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.20 pagi,” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Menurutnya lagi, mujur dalam kejadian tersebut,  tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku dan pihak  bomba masih menyiasat punca kejadian serta jumlah kerugian sebenar.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN