ADVERTISEMENTspot_img

Jalan utama KK-Sandakan dekat Kundasang ditutup, akibat tanah runtuh.

Oleh: Aduka Jasnin Suman

RANAU: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 11.3, Jalan Ranau – Kundasang dekat Kg.Pinausok, jam9.40 malam tadi, menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.

Keadaan di lokasi runtuhan


Runtuhan tanah bersama lumpur, batu dan pokok di kawasan berkenaan menyebabkan laluan jalanraya terhalang dari kedua-dua arah.

MAC GLEN (kedua kiri) bersama yang lain ketika meninjau lokasi tanah runtuh

Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, Mac Glen F. Lojuman ketika dihubungi media berkata, setakat ini pihaknya mengesahkan tidak berlaku sebarang kemalangan membabitkan pengguna.

Kerja-kerja pembersihan giat dilakukan secara berperingkat

Menurutnya, tinjauan awal di lokasi selepas kejadian mendapati, jalan utama sepanjang 80 Meter dengan lebar 15 Meter telah ditutupi runtuhan tanah setinggi kira-kira 10 Meter.

Papan tanda amaran telah dipasang untuk perhatian pengguna.

“Papan tanda amaran sudah dipasang, serta pemantauan di lokasi sedang dilakukan. Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan tidak dapat dilakukan sepenuhnya kerana masih berlaku pergerakan tanah.


Jalan utama KK-Sandakan dekat Kg.Pinousok, Kundasang yang ditutupi tanah selepas beelaku runtuhan 9.40 malam Ahad

“JKR bersama syarikat konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd yang berada di lokasi kejadian, akan berusaha sedaya upaya untuk melakukan kerja-kerja pembersihan, dan berharap kepada pengguna jalan agar menggunakan laluan alternatif buat sementara,” jelas Mac Glen.

TERKANDAS… beberapa buah kenderaan terkandas selepas berlaku tanah runtuh kira – kira 9.40 malam Ahad.

Katanya, pengguna boleh melalui jalan alternatif lain untuk ke Kota Kinabalu -Sandakan -Kota Kinabalu, iaitu melalui Jalan Ranau – Tambunan – Moyog (Penampang)-Kota Kinabalu, Jalan Kg. Dumpiring – Mohimboyon – Kibbas, atau Jalan Kg.Pinosuk – Kg.Kauluan – Kundasang.


TANDA MERAH… Lokasi kejadian tanah runtuh di Kundasang

Tambah Mac Glen, anggota Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau turut berada di lokasi termasuk di beberapa simpang laluan alternatif untuk membantu menunjuk arah kepada pengguna jalanraya.-TAMAT-

Laluan alternatif


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN