ADVERTISEMENTspot_img

Jambatan rosak di Kauluan, siap dibaiki dan boleh dilalui- Mac Glen

Oleh ADUKA JASNIN SUMAN

KUNDASANG: Jalan dan jambatan yang rosak di Kilometer 3.8, Jalan Kundasang – Kauluan kemarin, kini boleh dilalui kenderaan.

Kerosakan jalan dan jambatan akibat banjir lumpur dan tanah runtuh yang berlaku petang kemarin (Rabu), telah dibaiki dalam tempoh kurang 6 jam.

Mac Glen-Jurutera Daerah (JKR) Ranau

Menurut Jurutera Daerah Ranau, Mac Glen Frederick Lojuman berkata, tinjauan awal di lokasi semalam menganggarkan
kerja-kerja membaiki kerosakan mengambil masa dalam tiga hari.

Bagaimanapun katanya, hasil usaha serta kerja keras kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, kerja-kerja tersebut siap lebih awal dari jangkaan, dan kini boleh dilalui kenderaan.

Siap dan boleh dilalui

“Mengambil kira keperluan penduduk dan keselamatan pengguna, kami dengan sedaya upaya dan bertungkus lumus membaiki segala kerosakan dengan kadar segera.

“Syukur dengan bantuan jentera dan tenaga kerja di kalangan kakitangan JKR Ranau, semuanya dipermudahkan dan pada masa yang sama, saya berharap  penduduk teruatama pengguna jalan yang terkesan, kini boleh menarik nafas lega,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam3.30 petang Rabu, banjir lumpur dari sebatang anak sungai dekat Kg. Kauluan telah berlaku mengakibatkan tanah runtuh dan kerosakan jambatan.

Keadaan jambatan selepas dibadai banjir lumpur

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beberapa kakitangan JKR Ranau turut membantu menampal lubang pada permukaan jalan di Kilometer 80, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, dekat Tangki Loji Rawatan Air sebelum simpang Kiau.

“Tindakan menampal lubang dengan menggunakan batu yang sesuai dibuat demi keselamatan pengguna sementara menunggu pihak kontraktor untuk membaikinya (mengaspal) esok,” jelas Mac Glen.-TAMAT-

Lubang besar pada peemukaan jalan dekat Tangki Loji Rawatan Air sebelum simpang Kiau.

Salah seorang kakitangan JKR Ranau sedang menampal lubang pada peemukaan jalan.
JAWIT (kiri) dan Laidi (kanan), kakitangan JKR Ranau semasa kerja-kerja menampal sementara permukaan jalan sebelum simpang Kiau.
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN