ADVERTISEMENTspot_img

Remaja 15 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan

DISITA…. empat buah motosiukal yang disita dalam Op Sanseng Jalanan yang diadakan di beberapa jalan utama pada malam kelmarin.
 
 

LABUAN: Seorang remaja lelaki  berusia 15 tahun ditahan  dalam Operasi Samseng Jalanan   yang melibatkan beberapa jalan utama  di sekitar Labuan, malam kelmarin.

Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan Supt. Muhammad Farid Ahmad berkata, remaja tempatan itu ditahan  di Jalan Mohd Salleh , Taman Damai Layang-Layangan ketika polis sedang membuat pemeriksaan dalam operasi tersebut kerana didapati menunggang motosikal menggunakan  nombor pendaftaran palsu.

“Remaja tersebut kemudiannya  dibebaskan  dengan jaminan polis selepas diambil keterangan, bagaimanapun motosikal  jenis Yamaa LC135 yang digunakan remaja terbabit ditahan mengikut Seksyen 198 (3)(F)APJ 1960 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu” katanya dalam satu kenyataan di sini pada  Ahad.

Beliau berkata, kesalahan  tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak melebihi RM 20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Selain itu katanya,  sebanyak 4 buah motosikal pelbagai jenama telah disita   di bawah Seksyen 60 Akta yang sama  serta mengeluarkan 28 keping saman  atas pelbagai kesalahan.

“ Antara kesalahan  yang dilakukan  ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, pengubahsuaian ekzos dan lain lain kesalahan” katanya.

Muhammad Farid berkata, Op Samseng Jalanan  yang bermula jam 5 petang hingga jam 10 malam itu melibatkan seramai 20 anggota yang diketua ileh Inspektor Kalista Demson.

Dalam pada itu katanya, pihak polis akan melaksanakam operasi berkenaan secara berterusan bagi membendung kegiatan lumba haram dan samseng jalanan sambil menasihatkan pengguna kenderaan motosikal mahupun motokar  agar sentiasa patuh kepada peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN