26 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

96 peratus penduduk Kg.Paka 2 sudah menerima vaksin dua dos lengkap

RANAU:  Kg.Paka Dua@Paka Jaya di sini, kini mencapai 96 peratus penduduk sudah menerima vaksin dua dos lengkap bagi mengekang penularan Covid-19.

Pengerusi JPKK kampung itu, Shamsul Bin Suhaidi (gambar) berkata, memutuskan rantaian Covid-19 merupakan tanggungjawab semua pihak tanpa membezakan agama, suku kaum dan fahaman politik.

Beliau mengharapkan kepada mereka yang belum lagi menerima vaksin supaya hadir ke Kilinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) pekan Ranau dan membawa Kad Pengenalan (Mykad) untuk menerima suntikan vaksin sebagai perisai diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Kepada mereka yang memohon penangguhan pengambilan vaksin atas sebab-sebab tertentu disarankan supaya  mendapatkan surat rasmi daripada mana-mana Doktor kerajaan”, jelas Shamsul.

Beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa yang ada anak  berumur 12  hingga 17 tahun supaya membawa  mereka ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk menerima vaksin sebagai benteng diri daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar dilihat dengan mata kasar.

“Kita Jaga Kita, Jaga Keluarga, Jaga Komuniti, Lindung Diri Lindung Semua’, merupakan tanggungjawab bersama.

“Saya mengingatkan semua termasuk diri saya sendiri supaya jangan leka dengan pematuhan SOP kerana walaupun sudah lengkap pengambilan dua dos vaksin tetapi itu bukan perisai kebal kita  daripada jangkitan Covid-19, kita masih diperlukan mematuhi SOP yang telah ditetapkan”, tambah Shamsul.

              

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN