26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

96 ORANG PELAJAR SMK MEMBAKUT II MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN

BINCANG..Pengetua SMK Membakut II Samjan Juri berbincang bersama Timbalan YDP PIBG SMK Membakut II Awang Hazim dan guru guru sementara menunggu kehadiran pelajar .

MEMBAKUT : Seramai 96 Pelajar tingkatan 6 Atas dan tingkatan 5 SMK Membakut II memulakan sesi persekolahan semula kemarin selepas terhenti dalam tempoh PKP ekoran penularan pandemik Covid-19

Tinjauan di sekolah berkenaan mendapati, kesemua pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah disusun atur lebih awal oleh pihak sekolah termasuk memastikan penjarakan sosial 1-meter di dalam klas

Pengetua SMK Membakut II Samjan Juri berkata persediaan lebih awal telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi mempastikan kelicinan perjalanan pembelajaran dalam norma baru selari dengan garisan panduan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran

” Kita juga turut mengingatkan tenaga pengajar dan pelajar agar sentiasa juga sentiasa mengamalkan konsep 3W iaitu ‘Wash’ kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, ‘Wear’ iaitu memakai pelitup muka dan ‘Warn’ selari dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal penularan pandemik COVID-19″ katanya ketika ditemui di sini pada khamis lepas .

Hadir sama bagi memantau keadaan Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Membakut II Awang Hazim AG Basir

Menurut Samjan terdapat enam kelas untuk pelajar tingkatan 5 yang melibatkan 72 orang pelajar dan satu kelas tingkatan enam melibatkan 24 orang pelajar telah dibuka bagi memulakan sesi persekolahan kali ini.

TAKLIMAT RINGKAS..Samjan (dua dari kanan) memberikan taklimat ringkas kepada pelajar sebelum sesi pembelajaran dimulakan

” Pihak sekolah juga turut menyediakan beberapa unit sinki tempat mencuci tangan untuk kemudahan guru guru dan pelajar” katanya

Sementara itu pihak PIBG SMK Membakut II turut berpuas hati dengan persediaan dan penyusuanan kelas dan penandaan disemua kawasan termasuk di kantin dan tandas mengikut garis panduan yang ditetapkan

Timbalan YDP PIBG Awang Hazim Ag Basir berkata ibubapa tidak perlu khuatir keadaan anak-anak mereka sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) di sekolah itu.

IKUT SOP..Suhu badan pelajar diperiksa sebelum dibenarkan masuk ke kawasan sekolah

” Apa yang penting pelajar perlu mendisiplinkan diri dengan mengamalkan kebiasaan baru semasa berada di sekolah dan di luar sekolah” katanya

Sementara itu kebanyakan para pelajar yang ditemui menzahirkan kesyukuran dan keterujaan sebaik Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) boleh diteruskan, bagaimanapun tidak menafikan perlu membiasakan diri dengan Norma baharus berada di Sekolah tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN