27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

94 Pelajar SM Sains pulang ke Sabah

KHAZIYATI ketika memantau pergerakan pelajar yang pulang ke Sabah menggunkan perkhidmatan bot peumpang di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, pagi ini.

LABUAN: Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Khaziyati Osman berkata seramai 94 pelajar Sekolah Menengah (SM) Sains Labuan telah dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Sabah masing masing mengunakan pesawat komersial dan juga pengangkutan feri.

Demikian diberitahu oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Khaziyati Osman ketika ditemui media pada sesi penghantaran pulang pelajar berkenaan di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, pagi ini.

Khaziyati berkata, daripada jumlah itu seramai 50 pelajar dari Sabah telahpun dihantar pulang menggunalan pesawat komersial, manakala 44 pelajar lagi dihantar pulang mengunakan perkhidmatan bot penumpang masing masing menuju ke Munumbok dan Sipitang.

PULANG… sebahagian pelajar SM Sains pulang ke kampung halaman menaiki bot penumpang ke Menumbok.

Sementara itu katanya, pelajar dari Sarawak akan dihantar pulang selewat-lewatnya esok atau lusa.

“Penghantaran balik pelajar berkenaan susulan arahan Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung penutupan semua sekolah dan Kolej Vokasional seluruh negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)” katanya.

Khaziyati berkata, kesemua ahli keluarga pelajar berkenaan telahpun dimaklumkan untuk mengambil anak-anak mereka di lokasi yang telah ditetapkan iaitu di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, jeti Menumbok dan juga jeti Sipitang.

Beliau berkata, operasi penghantaran pelajar berkenaan telah dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negera (MKN) Wilayah Persekutuan Labuan, Nuzalizah Kartika Abdullah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN