Gambar: Dr. Fary Akmal Osman
LABUAN: Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr, Fary Akmal Osman berkata, seramai 935 golongan sasar yang terkesan dengan Pandemik Covid 19 menerima Bantuan MAIWP Musaadah Covid 19 membabitkan peruntukan sebanyak RM446,400.00.
Selain itu katanya, MAIWP Labuan juga telah menyalurkan bantuan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Pusat Tahfiz dan Tabung Khas Hospital dengan kos keseluruhan RM189,500.00.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di Wisma Perbadanan Labuan, pada Selasa.
Jelas beliau lagi, MAIWP juga telah membuat pembayaran awal kepada 2,631 penerima Bantuan Kewangan Bulanan yang telah diawalkan pada 20 Mac lalu membabitkan peruntukan RM733,050.00.
Sementara itu, Jabatan Agama Islam (JAWI) Wilayah Persekutuan Labuan melalui rakan strategik Food Bank telah mengagihkan kepada 2,564 dengan nilai perbelanjaan RM121,123.00 termasuk 500 kit makanan.
Selain itu katanya, QSR Brand juga telah memyumbang sebanyak 800 pek KFC dan Piza untuk petugas Barisan Hadapan sebanyak RM10,000.00.
Dr. Fary
“Manakala Yayasan Pembanguna Islam Malaysia (YAPEIM) turut menyumbang 500 kit makanan dan 200 tunai perbelanjaan dengan kos RM25,000.00”
Sementara itu katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ) Labuan selaku Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Makanan COVID 19 telah menerima lebih 4,000 bakul makanan sumbangan daripada beberapa syarikat swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan yang bernilai keseluruhannya RM325,850.00. TAMAT