32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

81.1 PERATUS WARGA LABUAN SUDAH TERIMA VAKSIN

Gambar: RITHUAN (kiri)  bersama Dr Ismuni dan Pengarah UMSKAL, Prof. Dr Jualang Azlan Gansau (kanan) selepas melamcarkan PPV Pandu lalu di UMSKAL, kelmarin.

LABUAN: Sehingga Isnin (5 Julai)  seramai 55,572  daripada 68,500 atau 81.1 peratus  populasi dewasa penduduknya  telah menerima vaksin di bawah Program  Imunisasi COVID 19 Kebangsaan.

Daripada jumlah itu seramai 18,019 telahpun menerima dos kedua sekaligus melangkapkan  vaksinasi mereka.

Demikian diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Ismail ketika ditemui di Pusat Pemberian Vaksin secara pandu lalu di UMSKAL, kelmarin.

Selain itu pihaknya  juga turut mendapati  jumlah warga Labuan yang telah mendaftar  vaksinasi melalui  MySejahtera meningkat sebanyak 85.3 peratus populasi dewasa.

“Peratusan  vaksinasi dan pendaftaran yang terus meningkat membuktikan warga Labuan  mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai COVID 19” katanya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut  adalah hasil  daripada pelbagai platform media sosial dan media perdana yang banyak membantu memberikan kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya mengambil vaksin.

“Pendaftaran ‘walk-in’ secara temu janji yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) juga telah banyak membantu mempercepatkan proses vaksinasi”, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, pembukaan  tiga lagi PPV di Kolej Matrikulasi, Taman Perumahan Mutiara Bedaun dan  Dewan Foo Chow sebagai tambahan  kepada dua pusat sedia ada di Dewan Mutiara JKR dan PPV Darul Kifayah  telah  meningkatkan jumlah vaksinasi antara 900 hingga 1,100 dos sehari kepada lebih 3,000 dos sehari sejak dua minggu lepas.

“Pencapaian ini juga  adalah hasil kerjasama daripada JKN, JPBD, MPP dan juga penduduk setempat”, katanya selepas melancarkan PPV secara pandu lalu di UMSKAL.

Dr Ismuni berkata dengan adanya PPV padu lalu di UMSKAL akan mempercepatkan lagi sasaran kearah Imuniti kelompok  menjelang akhir tahun ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN