26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Rakyat Labuan diseru pertahankan kemerdekaan dan keamanan negara-Bashir

JALUR GEMILANG…. Bashir (baris depan empat dari kiri)  menerima Jalur Gemilang daripada Supian (kanan sekali)  sempena Program IOW di Dewan Komuniti Sungai Lada, pada Sabtu.



LABUAN: Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias menyeru rakyat Malaysia khususnya rakyat Labuan untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan keamanan negara.


Beliau berkata,  kemerdekaan yang diperjuangkan oleh pemimpin terdahulu  perlu dikekalkan dan dipertahankan.


“Namun usaha  mengekalkan keamanan perlu mempunyai  semangat patriotik yang tinggi bukan sahaja dalam mempertahankan kemerdekaan tetapi juga perlu mempunyai budaya dan sikap jati diri untuk bersama-sama menjaga dan mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Info On Wheel (IOW)-Merdeka anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Labu.

CENDERAHATI… Bashir menerima cenderahati daripada Supian   selepas menyambut ketibaan rombongan IOW di Dewan Komuniti Sungai Lada


Terdahulu beliau menyambut ketibaan rombongan IOW-Merdeka yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan  Labuan, Supian Musa untuk menyerahkan Jalur Gemilang kepada Komuniti Kampung Sungai Lada.


Hadir sama Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)  Zon Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab. Manan, Pengerusi MPP Subzon 3, Omar Misir dan Ketua Kampung Sungai Lada, Jali Mumin.


Basir turut melahirkan penghargaan kepada JaPen yang mengambil inisiatif untuk melaksanakan IOW Merdeka ke seluruh pulau ini bagi menyuntik semangat komuniti setempat dalam menyambut Kemerdekaan dangan mengibarkan Jalur Gemilang  secara terbuka.


“Program ini juga akan membangkitkan lagi semangat di hati sanubari penduduk Labuan mengenai Hari Kebangsaan yang kadang-kadang dilupakan dan kurang dihayati dengan mendalam,” katanya lagi.


ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN