26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

78,429 KIR di Sabah dalam sistem e-Kasih, setakat Nov ini

Oleh MARRYAN RAZAN

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar sabah Datuk Ewon Benedick berkata, sejumlah 78,429 Ketua Isi Rumah (KIR) di negeri ini didaftarkan dalam sistem e-Kasih setakat 1 November ini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu 15,766 KIR tergolong dalam kategori Miskin Tegar, 21,881 KIR (Miskin) dan 40,782 KIR

“Setakat November ini, sejumlah 5,975 permohonan dari seluruh daerah di Sabah telah diterima oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan (SDO) untuk diverifikasi pada tahun ini.

EWON..(kedua kiri) bersama rakan-rakan Menteri dan Pembantu Menteri di DUN

“Daripada jumlah itu sebanyak 2,361 permohonann yang layak diverifikasi untuk dikategorikan sebagai Miskin Tegar seramai 443 KIR, 1,430 KIR (miskin) dan 488 KIR (terkeluar),” katanya pada sesi soal jawab persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Likas Tan Lee Fatt yang bertanya berapa jumlah permohonan dan yang layak sebagai golongan e-Kasih dan B40 di setiap daerah.

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, bagi daerah Kota Kinabalu, sebanyak 265 permohonan telah diterima dan daripada jumlah itu sebanyak 238 permohonan selesai diverifikasikan dan layak dimasukkan dalam sistem e-kasih iaitu 12 KIR miskin tegar, 63 KIR (miskin) dan 58 KIR (terkeluar).

Katanya, sistem e-Kasih merupakan sistem pangkalan data bersepadu yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Dari kiri…Ewon, Dumi, Junz dan Rasinin

“Sistem ini juga dijadikan rujukan oleh kementerian atau agensi yang terlibat secaa langsung dan tidak langsung dalam program pembasmian kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata, penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) merupakan penyiasatan berkala oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun meliputi kawasan bandar dan luar bandar. Asas pengiraan pendapatan isi rumah adalah berdasarkan bancian yang dilaksanakan pada 2016.

Katanya, berdasarkan penemuan HIS 2014 dan 2016, julat pendapatan isi rumah B40 di Sabah telah meningkat daripada RM3,150 kepada RM3,270.

“Penemuan HIS 2016 mencatatkan terdapat 197,200 isi rumah daripada 493,100 isi rumah di Sabah berada di kelompok pendapatan B40.

“Daerah Kota Kinabalu dan Sandakan mencatatkan bilangan isi rumah B40 tertinggi iaitu 24,000 isi rumah (12.2 peratus) dan diikuti oleh daerah Tawau 23,900 isi rumah (12.1 peratus).

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN