27 C
Kota Kinabalu
Isnin, Julai 15, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

77 KOMPAUN DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN LANGGAR SOP

KOTA KINABALU: Sebanyak 77 kompaun telah dikeluarkan di seluruh Sabah hari ini atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.

Jurucakap Kerajaan Negeri Sabah berkaitan Covid-19, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah itu menurun berbanding 84 kompaun yang dikeluarkan semalam, 11 Jun 2021.

Menurutnya, kesalahan tidak memakai pelitup separuh muka dan gagal memakai dengan cara yang betul, mencatatkan sebanyak 31 kompaun.

“Bagi kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, seramai 2 orang dikompaun, manakala seorang dikompaun atas kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran.

“Kompaun juga dikeluarkan terhadap 9 individu atas kesalahan gagal mendaftar sebelum memasuki premis,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan berkata, kompaun turut dikeluarkan ke atas 17 individu yang didapati melanggar SOP, iaitu membawa penumpang berlebihan dan 17 lagi kompaun atas kesalahan keluar rumah tanpa alasan munasabah.-BDB

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN