28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Sambutan majlis Hari Guru Peringkat Negeri mematuhi SOP – Dr.Mistirine

MEMATUHI SOP..hadirin pada majlis itu yang memakai pelitup muka.

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) hari ini menafikan sambutan majlis Hari Guru Peringkat Negeri Sabah kemarin tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dianggap sebagai ‘majlis bebas pelitup muka’.

Pengarahnya Dr.Mistirine Radin berkata, majlis yang diadakan pada Khamis telah mematuhi semua SOP penganjuran majlis kerajaan dan swasta yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Dalam SOP MKN, pemakaian pelitup muka adalah ‘digalakkan’. Gambar-gambar semasa majlis yang tidak memakai pelitup muka adalah untuk tujuan pengambilan gambar kenangan semasa dan selepas penyampaian anugerah.

KETIKA SESI BERGAMBAR…Tetamu bersama peserta tidak memakai pelitup muka ketika sesi bergambar

“Justeru tidak timbul isu majlis tersebut bebas pelitup muka seperti didakwa seorang individu yang hadir di majlis itu” jelasnya kepada media hari ini.

Tambah Dr.Mistirine, semua peserta hari guru serta tetamu yang hadir telah melalui tapisan suhu badan dan turut diberi topeng muka (face mask) jika terlupa bawa.

Terdahulu sebuah portal berita atas talian telah menyiarkan laporan seorang ibu yang hadir di majlis itu kemarin menyuarakan rasa kecewa terhadap beberapa pendidik dan pegawai pendidikan yang kelihatan mengabaikan langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19.

Menurut laporan ramai hadirin termasuk guru-guru tidak menutup muka sepanjang majlis diadakan di dalam dewan berhawa dingin di sebuah hotel di Kota Kinabalu yang dihadiri kira-kira 200 orang. – http://Borneo Daily Bulletin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN