Penguatkuasa KPDN Labuan ketika melakukan pemeriksaan dalam Ops Gasak.
LABUAN: Sebanyak 76 premis perniagaan di periksa dalam Op Gasak yang dijalankan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Wilayah Persekutuan Labuan disini, pada Ahad.
Daripada jumlah itu dua peniaga telah diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71) kerana didapati menggunakan alat timbang dan alat sukat yang tidak ditentusahkan semula untuk tujuan perdagangan.
Menurut kenyataan dari Pejabat KPDN, Ops Gasak yang melibatkan dua anggota Penguatkuasa dan 8 anggota disasarkan untuk menjalankan pemeriksaan bekalan barang kawalan, pematuhan penandaan harga barang dan perkhidmatan, penggunaan alat timbang sukat dan lain-lain akta yang dikuatkuasakan oleh Kementerian.
Selain itu, pemeriksaan ke atas barang kawalan seperti gula dan minyak masak mendapati bekalan barang kawalan pula mencukupi dan mudah untuk diperoleh di pasaran.
Sementara itu orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berhubung peraturan yang dikuatkuasakan Kementerian, boleh melakukan demikian melalui saluran Portal E-Aduan :
https://eaduan.kpdn.gov.myatau Telefon : 087-423152 (Pejabat KPDN WP Labuan atau Bilik Gerakan KPDN Labuan no Tel 087423209.



