26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

734 Pelajar UPSI Pulang Ke Sabah Dan Sarawak

FOTO ATAS: Arthur bertemu dan bermesra serta memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada pelajar.

TANJUNG MALIM:Seramai 734 orang pelajar Sabah dan Sarawak dengan penerbangan pertama di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup, turut hadir  menyaksikan proses penghantaran tersebut berkata, beliau amat kagum dengan persiapan rapi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPSI dalam memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar terjaga. 

Katanya, bermula dari proses saringan kesihatan sehingga kepada proses sanitasi dan seterusnya pelajar menaiki bas menuju ke lapangan terbang, semuanya mengikut prosuder operasi standard yang telah ditetapkan.

“Harap pelajar berterima kasih kepada Kerajaan yang telah berusaha membuat yang terbaik bagi memastikan keselesaan mereka. Kerajaan telah menyediakan begitu banyak peruntukan untuk membiayai makan dan minum pelajar sepanjang tempoh PKP ini dan juga turut membiayai tiket penerbangan pulang ke kampung”.

“Ini adalah pertama kali dalam sejarah di mana pelajar telah diberikan layanan serta keistimewaan yang sebegini oleh pihak Kerajaan. Kerajaan hari ini sangat mengambil berat kebajikan pelajar kerana mereka merupakan pewaris masa depan negara”.

“Saya berharap suatu hari nanti mereka akan menjadi orang yang berjaya supaya mereka juga boleh menyumbang kembali kepada negara dan seterusnya menjaga kebajikan generasi yang akan datang” katanya.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kebenaran pulang yang diberikan oleh Kerajaan merupakan satu peluang buat pelajar-pelajar khususnya kepada mereka yang akan menyambut Hari Raya Aidifitri dan juga Kaamatan. 

Arthur (kanan) bersama dengan pihak pengurusan UPSI yang mengurus perjalanan pelajar.

“Saya tahu, kamu amat merindui masa bersama keluarga di saat-saat begini. Peluang ini boleh digunakan oleh pelajar untuk menyambutnya bersama keluarga di rumah sahaja bukan pergi berkunjung ke rumah saudara mara pula” tambahnya lagi.

Jelasnya, walaupun Kerajaan telah memberikan sedikit kelonggaran dengan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ini tidak bermakna kita bebas untuk bergerak.

Semua perlu sentiasa patuh kepada arahan yang telah di tetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa. Justeru itu katanya, keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah penting bagi mengimbangi aspek kesihatan dan kelansungan ekonomi negara.

Selain itu, Arthur turut mengingatkan kepada para pelajar yang pulang ke kampung untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran. 

“Walaupun tidak hadir ke kelas seperti biasa, namun para pelajar perlu membuat tugasan serta menghadiri kelas pembelajaran secara maya sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Ini merupakan norma baharu yang perlu diadaptasi oleh setiap pelajar” katanya.  Tamat/-

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN