34 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Jun 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

73 kanak-kanak Tabika KEMAS diraikan dalam Majlis Apresiasi

SIJIL…..Gilbert menyampaikan sijil kepada salah seorang kanak-kanak Tabika sempena Majlis Apresiasi Tabika Kemas Zon 1 sambil diperhatikan Michael (kiri sekali) dan  Salmah (kanan sekali).

LABUAN: Seramai 73  kanak-kanak   Tabika KEMAS gabungan Zon 1 yang membabitkan 7 buah Tabika  diraikan dalam satu Majlis Apresiasi Tabika KEMAS sesi 2020 dan 2021  yang diadakan di Hotel Palm Beach  and Manikar Resort, dekat sini, pada Khamis.

Tujuh buah Tabika KEMAS yang terlibat dalam program itu ialah Tabika KEMAS Balai Polis 2, Tabika KEMAS SEC Rancha-Rancha, Tabika KEMAS Kampung Gersik, Tabika KEMAS Balai Polis 1, Tabika KEMAS Membedai Kelas 1 dan Tabika KEMAS Membedai 2.

Majlis  Apresisi Tabika KEMAS Gabungan Zon 1 itu telah disempurnakan majlis perasmian oleh Pegawai KEMAS  Daerah, Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert  Julian.

Hadir sama, Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Labuan, Salmah Daud,  Pengerusi Tabika KEMAS  SEC  mewakili Tabika KEMAS Gabungan Zon 1, Michael Atang dan Pengerusi Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Zon 1, Mahani Abdul Ghani.

Terdahulu Gilbert ketika berucap pada majlis itu berkta, majlis Apresiasi Tabika KEMAS  diwujudkan sebagai pengiktirafan kepada kanak-kanak  yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum.

“Ianya juga dijadikan sebagai medium untuk memaklumkan kepada masyarakat bahawa pengajaran bermutu di Tabika KEMAS melalui keberhasilan kanak-kanak sebelum mereka masuk ke tahun satu” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan keberhasilan kanak-kanak di Tabika KEMAS, pihak jabatan mengunapakai Standart Kualiti Pra Sekolah Kebangsaan (SKPK) yang di bina oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk mengukur kualiti pra sekolah yang meliputi kualiti guru, kualiti kokurikulum,  kualiti Interaksi Pra Sekolah-Ibubapa dan kualiti kesihatan pemakanan dan keselmatan.

Selain itu katanya, penglibatan ibu bapa di Tabika juga adalah penting agar ibu bapa dapat  memahami perkembangan anak-anak  mereka  sepanjang berada di Tabika.

“Penglibatan ibu bapa yang berterusan  menunjukkan mereka memberi sokongan terhadap aktiviti di Tabika sekaligus ibu bapa dapat memberi semangat dan motivasi kepada guru  yang mendidik anak anak mereka” katanya.

Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh  kanak-kanak  Tabika KEMAS Membedai Kelas 1 dan Kelas 2.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN