25 C
Kota Kinabalu
Sabtu, September 30, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

72 kampung di DUN Bingkor terima sumbangan 500 pokok benih durian musang king

Junior (kanan) mewakili Robert menyampaikan bibit musang king kepada salah seorang Pengerusi JPKK

KENINGAU: Sebanyak 500 pokok benih (bibit) durian musang king telah disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin kepada 72 kampung di kawasan DUN Bingkor.

Majlis penyampaian bibit-bibit musang king itu disempurnakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( PPM ) Bingkor Junior Fred, mewakili Robert yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya.

Sumbangan bibit-bibit musang king itu diserahkan kepasa Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di perkarangan Dewan Tomuan Aki Tingadon Pekan Bingkor pada Sabtu.

Sempena majlis penyerahan itu, Penolong Pegawai Pertanian Keningau Marcus Bundoi telah memberikan sedikit penerangan dan tunjuk ajar mengenai kaedah penanaman benih durian dengan cara yang betul dan cara penjagaannya.

Junior bersama rombongan bergambar kenangan bersama Pengerusi-Pengerusi JPKK yang menerima bibit musang king.

Matlamat program itu adalah menyahut seruan Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah bagi menjadikan Daerah Keningau sebagai lembah buah-buahan.

Robert berharap Pengerusi-Pengerusi JPKK komited dalam merealisasikan daerah Keningau sebagai lembah buah-buahan.

Beliau juga berharap bibit-bibit yang dibekalkan itu dapat ditanam dan mengeluarkan hasil.

Turut hadir dimajlis tersebut adalah Penolong Pegawai Pertanian Keningau Marcus Bundoi, Pegawai Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor Tinus Majip, Penyelia Kemajuan Masyarakat N.40 Bingkor Mohd Zaki Zakaria, Pemaju Mukim Bingkor, Apin-Apin, Tuarid, Tuntumulud dan Pemaju Masyarakat N.40 Bingkor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN