28.8 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

65 pelajar Baitulmal terima Anugerah Kecemerlangan MAIWP

SIMBOLIK…. Dr. Zulkifli menyerahkan replika Cek Bantuan Am Persekolahan kepada wakil pelajar sambil diperhatikan Mohd Ajib (kiri) dan Ahmad Saifuddin (kanan)

LABUAN: Seramai 65 pelajar Baitulmal yang cemerlang dalam peperiksaan menerima Anugerah Kecemerlangan   Pelajar Baitulmal 2019 yang diadakan di Kompleks Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan, pada Sabtu.


Majlis penyampaian anugerah  disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr, Zulkifli Muhamad Al Bakri sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Labuan.


Mereka yang menerima anugerah itu merupakan  anak-anak asnaf yang cemerlang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), Peperiksaan Tangkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Diploma dan Ijazah Serjana Muda.


Kesemua mereka  menerima sijil penghargaan dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM19,000.


Pada majlis itu, Dr. Zulkifli turut  menyampaikan replika Cek Bantuan Am Persekolahan berjumlah RM3.07 juta yang telah disalurkan kepada 5,240 pelajar di pulau ini.


Selain itu,  beliau juga menyampaikan replika cek peruntukan Bantuan Institusi Pendidikan Tinggi Wilayah Persekutuan Labuan bernilai RM1.4 juta.
Secara keseluruhan bantuan yang disalurkan pada majlis itu bernilai  RM4.4 juta hasil dana zakat    daripada pembayar zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.


Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Haji Mohd Ajib Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan MAIWP, Mahadi Sukarno, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan Pengurus MAIWP Labuan, Ahmad Saifuddin Md Tahir.




ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN