SEMANGAT JUANG….. Prof Ts Dr Shamsul bersama atlet UMSKAL yang akan menyertai SUIPTS di Kompleks Sukan Likas.
LABUAN-Seramai 65 atlet Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) menyertai Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) Kali Ke-4 2025 di Kompleks Sukan UMS, Kota Kinabalu bermula hari ini.
Pada kejohanan empat hari itu Atlet UMSKAL akan menyertai tujuh acara membabitkan sukan Bola Tampar, Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Catur, E-Sports dan Petanque.
Sementara itu, Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen telah disempurnakan oleh Pengarah UMSKAL Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin yang diadakan di bilik Ureka Bangunan Manara UMSKAL pada Rabu.
Terdahulu ketika menyampaikan amanat kepada atlet Dr Shamsul mahu atletnya menunjukkan semangat juang yang tinggi sekaligus memberikan saingan sengit kepada pasukan lain.
“Oleh kerana ini pertandingan, pasukan UMSKAL perlu memenangi setiap acara yang disertai”, katanya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pegawai dan atlet agar sentiasa menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
“Jaga nama baik UMSKAL dan keluarga. Ini ruang dan peluang terbaik UMSKAL bergelar juara setiap acara yang disertai,”katanya.
Turut hadir Ketua Sektor Sukan & Rekreasi UMSKAL, Rozeyatie Ibrahim.



