30 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 11, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

60 PESERTA SERTAI KURSUS SENI SEMBELIHAN HALAL PATUHI SYARAK

KENANGAN …Para peserta kursus mengabadikan kenangan bersama Tuan Haji Johari dan Jawatankuasa penganjur.

SEMPORNA : Seramai 60 orang peserta Kursus penyembelihan halal yang telah dirasmikan Tuan Haji Johari bin Haji Kimpi, Imam Kariah Daerah Semporna.

Kursus tersebut bertujuan memastikan kaedah penyembelihan yang dilakukan adalah mematuhi syarak.

Program ini diadakan di Dewan Terbuka Taman Semporna Centre, Semporna, Sabah baru-baru ini.

Kursus tersebut merupakan anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Semporna Centre (KRT TSC) dan Persatuan Penduduk Taman Semporna Centre (PPTSC) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Semporna, Jabatan Veteriner Semporna dan ADABI Tawau Distribution Sdn Bhd melibatkan pakar-pakar dalam bidang penyembelihan halal, termasuk dari Sablee Halal Slaughter.

Kursus ini bertujuan memastikan penyembelihan dilakukan mengikut syarak dan menambah pengetahuan serta kemahiran penduduk mengenai penyembelihan halal.

Kursus ini juga memberi penekanan kepada konsep penyembelihan dalam Islam, teknologi terkini, serta isu-isu berkaitan penyembelihan halal.

Kursus ini memberi pendedahan praktikal dan teori kepada peserta tentang kaedah penyembelihan yang betul menurut hukum syarak, serta teknologi terkini dalam penyembelihan halal.

Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang termasuk golongan asnaf menunjukkan komitmen komuniti dalam memastikan makanan halal diproses mengikut peraturan yang ditetapkan, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan halal dalam kehidupan seharian.

Turut hadir ialah, Mohd Lukman Hj Syarifuddin, Pegawai Perpaduan Daerah Semporna/Kunak, Awie Ariffin bin Arbahin, Pegawai Penguasa Vetereinar Semporna, Ariffin Uzam, Pengerusi KRT Taman Semporna Centre dan Team ADABI Tawau Distribution Sdn Bhd.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN