25 C
Kota Kinabalu
Rabu, Mac 11, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

60 Peserta sertai Bengkel Pengacaraan Majlis anjuran BMBR di Keningau

Rafie (tengah) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta

KENINGAU: Seramai 60 orang peserta pelbagai lapisan menyertai Bengkel Pengacaraan Majlis anjuran Sekretariat Bingkor Membangun Bersama Rakyat (BMBR) yang berlangsung
di Ficus Hall, Taman Bandukan Riverside Resort pada Isnin.

Bengkel ini dikendalikan oleh Stanley Leo seorang pengacara profesional yang berpengalaman luas dalam bidang pengucapan awam serta pengendalian majlis rasmi.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas dan kemahiran penting dalam mengacarakan pelbagai jenis majlis, termasuk majlis rasmi kerajaan dan program komuniti.

Majlis perasmian bengkel telah telah disempurnakan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau Rafie Robert.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri dalam melahirkan generasi muda yang berwibawa serta berkarisma.

Beliau berharap, penganjuran bengkel ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pengacara majlis tempatan yang berpotensi, di samping memperkukuh penglibatan belia dalam aktiviti pembangunan komuniti di kawasan Bingkor.

Turut hadir Ketua Sekretariat BMBR Garrett Patrick,
Pengerusi Persatuan Kebudayaan Keningau Zaki Zakaria dan Pengerusi Persatuan Penggerak Masyarakat Keningau (GERAK KENINGAU) Mohammad Khairi Mabin.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN