25.6 C
Kota Kinabalu
Ahad, Mei 18, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

60 atlet Labuan berlepas kek KL sertai Kejohanan Malaysia Sport League (LSE) 2022

SIMBOLIK…. Bashir turut menyerahkan bendera Wilayah Persekutuan Labuan kepada Mohammad Syahffie sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pagi hari ini.

LABUAN:Seramai 60 atlet Wilayah Persekutuan Labuan berlepas dari Lapangan Terbang Labuan ke Kuala Lumpur untuk menyertai Kejohanan Malaysia Sports League peringkat kebangsaan 2022 yang akan bermula  secara rasmi esok (26 Ogos).

Majlis simbolik  perlepasan atlet Labuan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara yang juga, Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Haji Alias, pagi Khamis.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Labuan, Mohammad Syahffie Haji Japril dan Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Sophian Said.

Terdahulu, Mohammad Syahffie ketika ditemui media berkata,  Malaysia Sports League merupakan sukan komuniti  yang dipertandingkan di peringkat negeri masing-masing dan juara setiap acara akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Sementara itu katanya, pada kejohanan itu Labuan akan menyertai tujuh acara   iaitu Fustsal Lelaki yang diawakili oleh pasukan Pak Arab (Kampung Patau-Patau), Futsal Wanita akan diwakili oleh pasukan Femina, Bola Keranjang Lelaki  diwakili oleh pasukan Double Shot Auto Care, Bola Keranjang Wanita diwakili  pasukan Street Catzs dan  Sepak Takraw diwakili oleh pasukan Sepak Takraw kampung Durian Tunjong

Manakala bagi acara sukan Badminton diwakili oleh Pasukan Badminton Labuan (PBL) dan sukan Bola Jaring akan diwakili oleh pasukan VICS.

Kejohanan Malaysia Sport League (MSL) peringkat kebangsaan akan berlangsung selama tiga hari  bermula ini 26 Ogos hingga 28 Ogos di KSL Puchong Selangor.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN