Antara pelajar RTMS Ranau merakam gambar bersama salah seorang guru mereka (kanan) dan seorang anggota Rela selepas menerima suntikan Vaksin di PPV d85ewan Masyarakat Ranau.
RANAU: Semua 58 orang pelajar Madrasah Rumah Transit Mualaf Sabah (RTMS) Ranau, yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah lengkap mengambil vaksin dos 1 dan 2.
Bagaimanapun, mereka diarah untuk terus
mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka, membasuh tangan dengan sanitizer dan tidak mengunjungi kawasan ramai orang, bagi mengekang jangkitan pandemik Covid-19 yang kini masih menular seluruh dunia.
Pengurus RTMS, Mohd. Nazri Abdullah memberitahu, pihak Madrasah sejak pandemik Covid-19 bermula awal tahun 2021 tidak membenarkan sesiapa pun untuk memasuki kawasan Madrasah tanpa urusan penting apa tah lagi yang belum lengkap dua dos suntikan vaksin covid-19.
“Kita tidak membenarkan sesiapapun masuk kawasan madrasah tanpa urusan penting, bimbang penularan Covid-19”, jelas Nazri.
Menurutnya, pihak madrasah tidak mengenakan sebarang yuran kepada pelajarnya kerana mereka adalah dari holongan keluarga miskin dan anak yatim serta operasi madrasah juga bergantung sepenuhnya terhadap sumbangan dari orang awam.
Beliau seterusnya merayu orang ramai khususnya golongan pemimpin masyarakat yang berkemampuan agar menghulurkan sumbangan bagi membantu pelajar yang sebahagiannya berumur 13-25 tahun.
“Pelajar yang beumur 18 tahun dan ke atas sudah menerima dos vaksin Covid-19 yang lengkap”tambah Mohd. Nazri yang juga Pengerusi Persatuan Pendakwah Islam Negeri Sabah.
Sebahagian penerima suntikan hadir ke PPV dewan masyarakat Ranau di bawa keluarga masing meskipun terpaksa berkerusi roda.
Sementara itu 85 peratus daripada warga emas 60 tahun dan ke atas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pesakit telantar di daerah Ranau sudah menerima suntikan Vaksin dos 1 dan 2 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau mula digerakkan imumisasi vaksin di PPV itu jejak Mac tahun 2021.
Meskipun mereka di bawa oleh kelurga masing-masing berkerusi roda ke PPV namun semuanya akur dengan arahan kerajaan supaya rakyatnya yang berusia 18 tahun dan ke atas perlu menerima suntikan vaksin untuk mengekang jangkitan Covid-19 yang kini masih belum berakhir menular semuruh dunia termasuk Malaysia.
Ramai yang sempat ditemui masing-masing menarik nafas lega kerana sudah menunaikan tanggungjawab mereka untuk melindungi diri sendiri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan Covid-19 yang memang sukar untuk dilihat dengan mata kasar.
Tinjauan penulis hari ini (5 September) mendapati seramai 812 penerima Vaksin suntikan dos pertama (200 orang), 412 penerima suntikan dos kedua manakala 100 orang penerima suntikan yang mempunyai dokumen secara ‘Walk-In, dan 100 orang lagi mereka yang tidak memiliki dokumen turut menerima suntikan vaksin jenis Pfizer.