34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

570 kotak pakej bantuan keperluan asas: James

Datuk James menyampaikan bantuan keperluan asas kepada salah seorang penerima pada majlis itu


MEMBAKUT: Sebanyak 570 kotak pakej bantuan keperluan asas melalui program Sentuhan Kasih Disaster Relief telah diagihkan di Sabah kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir di sini baru-baru ini.


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, dari jumlah itu, 100 kotak telah pun dihantar ke Daerah Paitan, manakala 200 kotak akan dihantar ke Kota Marudu dan 200 kotak ke Pitas pada hari Ahad dan Isnin.


“Untuk makluman, Yayasan PETRONAS dengan kerjasama pihak Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah bersama-sama dalam melaksanakan program Sentuhan Kasih Disaster Relief bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terkesan di seluruh Malaysia melalui pengagihan pakej bantuan keperluan asas.


“Barangan Pakej Bantuan terdiri daripada barangan keperluan harian seperti Air mineral, Selimut, Tuala Mandi, Biskut, Krim Mandian, Ubat Gigi dan Berus Gigi,” kata beliau.


James yang juga Adun Sugut berkata demikian sewaktu merasmikan Program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina 2023 yang diadakan di Dewan Wawasan Kg pimpin Membakut pada hari Sabtu.


Terdahulu, beliau turut berkesempatan melawat sebuah rumah di Kg Tomoi Membakut bagi Program Homeward.


“Program Homeward merupakan sebuah Flagship Sabah Maju Jaya bagi tahun 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dengan kerjasama daripada Yayasan PETRONAS.


“Program ini berkonsepkan pinjaman alat keperluan asas hospital kepada pesakit yang terlantar dirumah, warga tua dan OKU dari golongan B40. Selain daripada katil boleh laras, terdapat juga keperluan-keperluan seperti kerusi roda dan ‘oxygen concentrator’ dan lain-lain,” kata beliau.


Menurut James, program tersebut telah mendapat sambutan dan keberkesanan yang sangat baik dalam usaha menggalakkan ahli komuniti untuk terus memberikan penjagaan kepada warga tua, OKU dan pesakit terlantar dalam persekitaran keluarga.


“Saya difahamkan bahawa Yayasan PETRONAS telah menyumbangkan sebanyak 405 buah katil boleh laras kepada pihak JPKA melalui program Homeward semenjak tahun 2022.


“Program ini telah berupaya memberi impak positif ke atas golongan sasar di mana setakat pada hari ini, sejumlah 181 kes pesakit telantar telahpun dibantu berbanding sasaran awal 150 kes yang ditetapkan bagi tahun pelaksanaan SMJ 2022,” kata beliau.


James berterima kasih kepada Yayasan PETRONAS atas sumbangan bakul makanan kepada 100 orang penerima terpilih di sekitar daerah Membakut melalui Program Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina, dan juga kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah atas kerjasama jabatan itu.


“Dengan pemberian bantuan makanan asas ini sedikit sebanyak dapat membantu penyediaan sambutan perayaan dalam suasana yang lebih meriah dan ceria.
“Semoga sumbangan Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina ini dapat membawa keceriaan di kalangan penerima lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN