KOTA KINABALU: Sejumlah 5,021 kes denggi di laporkan di Sabah sepanjang tahun 2024 dengan rekod kes tertinggi direkodkan di Kota Kinabalu iaitu 742 kes.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib berkata, untuk tahun 2025 pula, 113 kes denggi dilaporkan di Sabah setakat semalam.
James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah merangkap ADUN Sugut berkata, daripada 113 kes itu, 17 kes dilaporkan di Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr. Fatimah Sabrina Mohamad memberitahu bahawa di Kg Sembulan Lama, terdapat sembilan kes denggi yang mana ianya bermula pada 20 Disember 2024 dan dua kes denggi di Taman Tek Wan Villa yang 2 Januari 2025.
Beliau yang juga Pegawai Perhubungan Kesihatan Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata demikian semasa ditemui media di Kota Kinabalu.
Bagi menghapuskan kawasan pembaikan nyamuk aedes katanya, pihak beliau giat membuat pemeriksaan jentik-jentik di kawasan terlibat.
Pihaknya turut melaksanakan aktiviti penyemburan racun pembunuh nyamuk aedes dewasa.
Selain itu, tambah Dr. Fatimah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JKNS turut menganjurkan Program Hari Denggi Asean bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.
Katanya lagi, program sukarelawan Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) juga diwujudkan bagi melibatkan penduduk setempat dalam program kawalan denggi.
Antara aktiviti yang dijalankan melalui COMBI ialah gotong-royong dan program kesedaran komuniti.