ADVERTISEMENTspot_img

50 murid terima bantuan sekolah sumbangan PMBS Tanjung Aru

SAMPAIKAN…Pengiran Alliuddin menyampaikan bantuan baucer kepada salah seorang penerima.

Oleh: Haji Amin Haji Muin

KOTA KINABALU: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah ( PMBS) Cawangan Tanjung Aru telah mengadakan majlis penyampaian bantuan sekolah berbentuk voucher kepada 50 murid murid yang tinggal di Tanjung Aru.

Ini bagi meringankan serba sedikit beban kewangan yang di hadapi oleh ibu bapa masing masing. Para penerima ada terdiri dari golongan yatim piatu , tegar miskin dan B40. Majlis di adakan di BP House , Sembulan pada Ahad lalu .

BERSAMA… Pg Alliuddin, AJK bersama para penerima sumbangan baucer di majlis itu


Dalam majlis tersebut Pengerusi Persatuan Masyarakat Brunei (PMBS) Cawangan Tanjung Aru Pg Alliyuddin bin Pg Ahmad Tajuddin yang berucap mengingatkan dan berpesan para murid murid untuk belajar bersungguh sungguh demi masa depanmereka dan menggunakan boucher tersebut dengan berhikmah.


Beliau berkata bantuan ini adalah kolibsrasi bersama kedua-dua pihak iaitu PGRS dan PMBS untuk meringgankan beban golongan yang memerlukan .
Majlis tamat dengan para ibu bapa , murid murid dan AJK diberikan jamuan makan tengahhari.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN