26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

5 hari misi pencarian, mangsa hilang ditemukan selamat.

Mangsa dipercayai tersesat sekitar kawasan kebun dan hutan berhampiran sebelum ditemukan dalam keadaan lemah.

-DSP SAMMY NEWTON-

Oleh ADUKA JASNIN SUMAN

RANAU: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dalam kawasan kebun sawit di Kampung Tikolod, Kirokot di sini pada Jumaat lalu ditemukan selamat hari ini selepas lima hari misi pencarian.


Mangsa Atliano Brendon,19, ditemukan tanpa kecederaan oleh penduduk kampung dan pasukan penyelamat kira-kira jam 2.17 petang, tiga kilometer dari rumah kebun, lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.


DIJUMPAI…mangsa (duduk) akhirnya dijumpai dalam operasi SAR

Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan (DSP) Sammy Newton,  ketika mengesahkannya berkata, mangsa dipercayai tersesat sekitar kawasan kebun sawit dan hutan berhampiran sebelum ditemukan.


“Mangsa yang kelihatan lemah kemudiannya diserahkan kepada pasukan perubatan dari Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.


“Dengan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah ditamatkan serta-merta,” katanya kepada media hari ini.

MANGSA..Atliano Brendon

DSP Sammy turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu sepanjang operasi SAR.


DSP SAMMY NEWTON

Menurut DSP Sammy, operasi SAR turut melibatkan 10 anggota PDRM, Bomba & Penyelamat (11) , Angkatan Pertahanan Awam (5), RELA (50) dan penduduk kampung seramai 60 orang dan kumpulan sukarelawan lain.


Dalam kejadian Jumaat lalu (25 Januari), mangsa warga tempatan yang berasal dari Kg. Poring di sini telah dilaporkan hilang ketika keluar berseorangan menangkap ikan di sungai sekitar kawasan kebun Sawit di Kg.Kirokot, 40 kilometer dari pekan Ranau. –TAMAT


Sebahagian anggota beruniform yang terlibat dalam operasi SAR

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN