Gambar atas – Azman (dua kanan) menyampaikan BarMa kepada Elvin (JPKK) mewakili 19 penduduk Kg. Napong 1, diperhatikan yang lain.
RANAU: Ahli Parlimen Ranau , Jonathan Yasin menyalurkan bantuan berupa Barang Makanan (BarMa 3.0) kepada 499 Ketua Isi Rumah (KIR) ke 25 buah Kampung di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Antara kampung yang terlibat menerima bantuan hari ini ialah Kg. Kilimu seramai 19 orang penerima, Kg. Lohan Kinasaraban (19), Kg. Lohan 1 (19), Kg. Nalapak (19), Sabah Tea (19), Kg. Namaus Bongkud (19), Kg. Randagong Baru (19), Kg. Napong 1 (19), Kg. Waluhu (19), Kg. Tudangan (19), Kg. Longut Lama (19), Kg. Lukapon (10), Kg. Tiang Baru (4), Kg. Marakau, 19.
Kg. Suminimpod (19), Kg. Gana-Gana (19), Kg. Niasan (19), Kg. Kenipir (19) Kg. Kg. Toboh Baru (4), Kg. Himbaan BT (19), Kg. Sedul 1 (19), Sedul 2 (19) dan Kg. Kandawayon (10 ) kesemuanya di kawasan DUN Paginatan.
Manakala di DUN Karanaan ialah Kg. Togudon Baru seramai 19 penerima, sementara di DUN Kundasang ialah Kg. Singgaron Baru (19), Kg. Kilanas Baru (18), Kg. Desa Aman (19), Kg. Cintamata (19) dan Kg. Kinondusan 16 penerima.

Justinah ( kiri) menyerahkan borang penerimaan BarMa kepada Azmi (JPKK) di Kg. Lohan Kinasaraban bersama salah seorang penduduk kampung berkenaan.
Jonathan yang juga Ahli Parlimen Ranau, Timbalan Menteri Dalam Negeri, memberitahu kesemua penerima kali ini adalah KIR yang tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak sama ada dari kerajaan Negeri atau Persekutuan dan apa sahaja jenis bantuan lain dari agensi kerajaan baru-baru ini.
Beliau juga turut berpesan kepada penduduk terkesan dengan pandemik Covid-19 agar tabah menghadapi situasi yang melanda ketika ini dan sentiasa patuh arahan kerajaan untuk tidak keluar kemana-mana lokasi jika tiada urusan penting.
“Kita harus tabah hadapi situasi yang melanda ketika ini dan tidak perlu pergi kemana-mana jika tiada urusan penting, demi mengelak daripada jangkitan wabak Covid-19. ” Lindung Diri, Lindung Semua”, “Kita Jaga Kita” dan ” Stay At Home”, tegasnya sambil berterima kasih kepada para petugas yang terdiri daripada Kakitangan Pejabat Parlimen Ranau, dan petugas penghantar sayuran -sayuran segar Kundasang.