26 C
Kota Kinabalu
Isnin, Februari 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

47 pelajar KML pulang ke Limbang dan Lawas Sarawak

Foto– Pelajar menunggu giliran untuk pemeriksaan saringan suhu badan sebelum dibenarkan naik ke kapal ekpress yang membawa mereka pulang ke Limbang

LABUAN: Seramai 47 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan (KML) yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dihantar pulang ke kampung halaman mereka di Limbang dan Lawas Sarawak melalui jalan laut menggunakan Kapal Ekpress, pada Sabtu.

Pengarah KML Mohd Idris Omar berkata, mereka merupakan kumpulan pertama daripada 2,170 pelajar yang telahpun menamatkan pengajian untuk memohon dihantar pulang ke Sabah, Sarawak dan Semananjung.

Beliau berkata, kesemua pelajar yang dihantar pulang hari ini akan menjalani kuarantin selama 14 hari di hotel Purnama sebaik tiba di Limbang sebelum dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

PULANG….pelajar ketika berada dalam bas yang membawa mereka ke Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan.

“ Sementara itu kumpulan kedua pelajar KML yang akan pulang ke Sabah menggunakan jalan darat dijangka akan mula bergerak pulang ke Sabah pada 4 dan 5 Mei depan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Penghantaran Pulang kumpulan pertama pelajar KML di dewan utama KML disini pagi Sabtu.

Terdahulu, semua pelajar terbabit berkumpul di Dewan KML untuk diberikan taklimat oleh pihak PDRM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai Prosedur Operasi Standart (SOP) yang perlu dipatuhi sebelum mereka dibawa menaiki bas ke Terminal Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan dengan diiringi polis.

Mohd Idris berkata, KML dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang berusaha untuk mendapatkan tiket penerbangan bagi pelajar Sarawak khususnya dari Miri, Bintulu dan Kuching serta Semenanjung yang kepulangan mereka memerlukan penerbangan.

PERIKSA… Pegawai Kesihatan Limbang memeriksa suhu badan salah seorang pelajar yang pulang ke Limbang

Hadir sama, Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Nurzalizah Kartika Abdullah dan Ketua Polis Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad.

Sementara itu di Terminal Feri Penumpang Antarabangsa Labuan, kesemua pelajar sekali lagi menjalani saringan suhu badan dan saringan kesihatan oleh enam pegawai kesihatan Limbang yang mengiringi pelajar tersebut.

Pada masa yang sama anggota HAZMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan turut membuat sanitasi ke atas bagasi dan kapal ekpress yang membawa pulang pelajar berkenaan. TAMAT

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN