27 C
Kota Kinabalu
Sabtu, April 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

400 penduduk Kg. Balat tamat penanti, kini nikmati bekalan elektrik 24 jam

Lancar..Bung memuka tirai Dan menunjukkan isyarat bagus semasa Perasmian Stesen Janakuasa Balat di pejabat pendidikan daerah Kinabatangan

KINABATANGAN: Penantian 400 penduduk Kampung Balat menikmati kemudahan bekalan elektrik 24 jam kini direalisasikan dan telah beroperasi sepenuhnya.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata Stesen Janakuasa Balat yang mulatugas pada 1 Ogos, 2021 yang lalu telah memberikan kegembiraan kepada lebih 400 orang penduduk di kampung itu apabila menerima kemudahan bekalan elektrik 24 jam.

“Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) kerajaan Barisan Nasional (BN) itu sekaligus menamatkan penantian penduduk kampung berkenaan yang terpaksa bergantung kepada penggunaan enjin jana kuasa elektrik atau pelita sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Ceria Ke Sekolah TNB/SESB Peringkat Kinabatangan Parlimen P.187 Kinabatangan , Sumbangan Program Sekolah Angkat SESB Dan Perasmian Stesen Janakuasa Balat di Pejabat Pendidikan Daerah Kinabatangan pada Jumaat.

Bung Moktar menegaskan usaha SESB untuk sama-sama membantu dan memberikan bekalan elektrik ke kampung ini menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masalah yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berharap lebih banyak perkampungan di luar bandar yang masih belum menikmati bekalan elektrik dapat diberikan bekalan mengikut kepada peraturan-peraturan sedia ada.

“Sementara itu, saya juga berharap agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat melaksanakan projek-projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang telah dirancang. Difahamkan sebanyak RM120.5 juta peruntukan telah diberikan bagi melaksanakan projek BELB sambungan talian grid bagi tiga zon di Sabah.

Bung Moktar percaya inisiatif ini akan membantu meningkat taraf kehidupan rakyat di luar bandar di mana kawasan-kawasan kampung yang dahulunya gelap akan bercahaya dan penduduk kampung dapat menjalankan aktiviti seharian tanpa perlu menggunakan genset.

“Usaha ini juga akan menyaksikan pembangunan sosio-ekonomi di kampung-kampung terlibat terus berkembang,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan itu juga memberitahu bekelan elektrik ini akan disalurkan ke beberapa buah kampung lain berdasarkan kapisiti yang tinggi iaitu 700 megawatt.

Beliau berkata penduduk di Kampung Pinangah juga telah menikmati bekalan elektrik 24 jam bulan lepas dan beberapa buah kampung berhampiran akan dipastikan menikmati kemudahan yang sama dalam sedikit masa lagi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN