28 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

40 peserta e-kasih sertai Program PEKB peringkat Labuan 2025

Para peserta bergambar kenangan bersama Siti Norarsyara (tujuh Dari kiri barisan depan) Dan Dr.Azzah (lapan Dari kanan barisan depan).

LABUAN: Seramai 40 peserta yang berdaftar e-Kasih berjaya mengikuti latihan keusahawanan menerusi Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PKEB) anjuran Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

Program yang dijalankan selama tujuh hari melalui badan NGO, Persatuan Kebajikan MAHABBAH telah diadakan di AZ Labuan Hotel.

Majlis Penutupan dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Penolong Ketua Setiausaha KPKT, Siti Norarsyara Ayob mewakili Timbalan Menteri KPKT, Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, di sini, pada Ahad.

Hadir sama pada majlis itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan MAHABBAH, Hajah Dr. Azzah Muyassarah Asat dan Penolong Pengarah Jabatan Sosial Ekonomi Perbadanan Labuan, Jah Murniwaty Markom.

Dr. Azzah ketika ditemui media berkata industri makanan menjadi fokus PKEB selepas industri makanan tempatan berpotensi untuk dikembangkan sekaligus membantu menjana pendapatan ekonomi para peserta.
Sementara itu, Siti Norarsyara berkata program PKEB adalah salah satu program di bawah KPKT yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan bandar menerusi latihan keusahawanan melibatkan golongan berpendapatan Rendah (B40) di bandar

“Menerusi Program ini para peserta dapat meningkatkan kemahiran mereka supaya mampu mengusahakan Perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari garis kemiskinan”, katanya.

Jelas Norasyara lagi, program PKEB melalui kerjasama NGO merupakan satu program yang efektif Dan langkah progresif KPKT dalam membantu merealisasikan hasrat Kerajaan MADANI untuk membendung isu kemiskinan tegas di bandar.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan sijil Dan peralatan perniagaan kepada para peserta yang berjaya menyertai kursus keusahawanan PKEB.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN