27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

40 pegawai Komunikasi Korporat agensi kerajaan, sawsta sertai Bengkel Pengurusan Media

PESERTA….Haji Rithuan (berdiri tengah) bersama peserta yang menyertai bengkel tersebut.

LABUAN: Seramai 40 pegawai dan  kakitangan Komunikasi Korporat dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  menyertai Bengkel Pengurusan Media yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Perbadanan Labuan, pada Selasa.

Bengkel yang bertujuan untuk merapatkan bubungan antara agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO)  itu dianjurkan bersama  oleh  Persatuan Penggiat Media Labuan dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dengan Kerjasama Perbadanan Labuan (PL). 

Tiga penceramah jemputan talah diundang untuk menjayakan bengkel itu yang terdiri daripada Ketua Biro Berita Nasional Malaysia (Bernama) Labuan, Jailani Hassan, Jurufoto Bernama, Abdul Muqtadir  Halim dan Ketua Unit Siber Jabatan Penerangan Labuan, Mohd Khairul Azad Datuk Yunus.

SIJIL… PENGURUS Komunikasi Korporat Labuan Shipyard Sdn. Bhd, Zyee F Dullie menerima sijil daripada Rithuan.

Antara agensi yang menyertai bengkel itu adalah Perbadanan Labuan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Lembaga Pertubuhan Peladang, Jabatan Muzium, Bahagian Bekalan Air Labuan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Turut serta, Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Sukan Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Labuan, Dewan Perniagaan India dan Industri, Dewan Perniagaan Tionghua, Dewan Usahawan Melayu Labuan, PETRONAS, Asian Supply Base Sdn Bhd dan Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd.

Sementara itu,  majlis perasmian  dan penyampaian sijil disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Penerangan Labuan, Rasil Hajatil, Pengerusi (mantan) Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan, Hajah Niswati Tarji dan Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN