30.6 C
Kota Kinabalu
Khamis, Julai 10, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

40 kenderaan pacuan empat roda sertai Labuan International Super Novice 4X4 Challenge 2025

Simsudin bersama Sukuran (sebelah kanan) melepaskan para peserta Labuan International Super Novice 4×4 Challenge 2025.

LABUAN: Sebanyak 40 buah kenderaan pacuan empat roda dari Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam dan Labuan menyertai Labuan International Super Novice 4X4 Challenge 2025.

Perlepasan para peserta yang menyertai acara sukan lasak selama empat hari telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Mohd Taib di kawasan Letak Kereta Medan Selera pagi kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Kelab Pacuan Empat Roda Labuan, Bahari Zainal.

Sementara itu, Bahari ketika ditemui media berkata acara sukan permotoran lasak ini di anjuran oleh Kelab Pacuan Empat Rosa Labuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan.

“Pada peringkat awalnya kita telah menerima lebih 40 peserta, namun kita terpaksa hadkan kepada 40 sahaja kerana kami tidak mempunyai tenaga kerja yang ramai disamping masa yang tidak mencukupi serta kekangan bajet” katanya.

Beliau berkata, hadiah keseluruhan acara ini hampir RM 20,000 yang melibatkan hadiah wang tunai beserta hadiah sampingan yang lain.

“Setiap peserta perlu melengkapkan peringkat khas (7SS) dimana pemenang tempat pertama akan menerima RM5,000 beserta hadiah sampingan” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN