26 C
Kota Kinabalu
Khamis, September 12, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

39 guru terima Pentauliahan Jurulatih Pusat Kokurikulum

MAJLIS PENTAULIAHAN – Gambar atas

LABUAN: Seramai 39  guru telah berjaya  menerima pentauliahan Jurulatih Pusat Kokurikulum 2021 peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL).

Majlis Pentauliahan Jurulatih  Kokurikulum yang dijalankan selama empat hari  secara atas talian yang berakhir  pada 12 Julai itu  telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWPL), Yusup Mohamad.

Yusup  dalam ucapan perasmiannya berkata,  pandemik COVID 19 telah mencetuskan  kelainan dalam memberi penarafan kepada jurulatih bukan sahaja di Wilayah Persekutuan Labuan,  tetapi telah melibatkan seluruh Pusat Kokurikulum di Malaysia.

 “Saya difahamkan  banyak perbincangan dan modul uji lari yang telah dilakukan. Natijahnya… Pusat Kokurikulum Labuan secara tidak langsung telah berjaya menjadi Pusat Kokurikulum yang pertama di Malaysia yang menerajui dan mendahului Ujian Penarafan Jurulatih secara maya.

“ Ini menunjukkan, sungguhpun kita berada dalam situasi yang genting akibat pandemik COVID 19,  Sektor Pembangunan Murid khususnya Unit Pembangunan Bakat Murid mampu melaksanakan aktiviti T.O.T dan Kejurulatihan serta aktiviti lain yang bersesuaian” katanya.

Beliau berharap usaha seumpama ini akan  dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mendepani keadaan yang semestinya lebih mencabar.

YUSUP….Pengarah JPNWPL

Sementara itu Pengerusi Pengajur  Majlis Pentauliahan  Jurulatih Kokuriukulum yang juga Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid,  Abdul Rahman Ahmad berkata,   aktiviti sukan dan kokurikulum sangat penting kepada murid terutamanya dalam menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka.

Bagaimanapun katanya, tanpa jurulatih yang bertauliah dan mahir khususnya  dalam mengendali dan menguatkuasakan SOP  yang ditetapkan segala aktiviti dirancang tidak akan mencapai matlamat atau berjaya dilaksanakan.

“Segala aktiviti luar ini mestilah dikendalikan oleh barisan personel tertentu yang bukan sekadar menguasai pengetahuan, pedagogi dan psikologi… malah perlu cergas dan boleh melakukan demo atau tunjuk cara kepada peserta pada bila-bila masa,  selain dapat mengesan kesilapan dan membetulkannya dengan kadar segera” katanya.

Beliau berkata, Barisan jurulatih Pusat Kokurikulum telah dianugerahkan sikap dan semangat sukarelawan yang tinggi kerana disamping bertugas sebagai jurulatih, mereka juga sebenarnya wajib melakukan tugasan PDPR dan  pengurusan organisasi di sekolah masing-masing.

“Kebanyakan dari kalangan mereka juga memegang jawatan-jawatan penting termasuklah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Pendidikan Khas” katanya.

Majlis Pentauliahan Jurulatih Pusat Kokurikulum ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada jurulatih yang berjaya melepasi  4 peringkat ujian yang telah ditetapkan dalam Skim Kejurulatihan KPM iaitu Ujian Kecergaan, Ujian Temuduga, Ujian Bertulis dan Praktikal sebagai Urusetia Program” katanya.

Sementara itu, empat guru  yang terdiri  Roslan Musa (SK Pantai), Shahrolnizam Doimin (SK Bebuloh),  Niza Utiya Hamzah  (SK Membedai) dan Kasum Md Yusop ( SK Pekan Dua) masing masing  ditauliahkan sebagai  Panel Kejurulatihan Negeri.

Manakala 17  guru yang lain ditauliahkan sebagai Jurulatih Kanan dan 13 lagi guru ditauliahkan sebagai Jurulatih Negeri.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Samsul Mandisin, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum, Abdul Kahar Abdul Rahim serta  Barisan Pengetua Guru Besar (PGB) dan Barisan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN